Sunday, December 28, 2008
Teringat....
P/S; Sesapa yg bek hati nak derma duit tu silakan lah.... huhuhuhu
Friday, December 26, 2008
Monday, December 8, 2008
argghh...!!!!
oleh itu jgn cakap aku langgar benda masa drift sebab kalu korang x caya, g tanya si lanun ngan bart!!
p/s; aku drift bukan menunjuk. Sebab tu aku x ajak korang masa aku drift... sbb mulut korang suka menyumpah!!!
Tuesday, November 25, 2008
heran kan???
Heran sungguh.. kadang2 buat aku pikiaq tak lepaih nie.. mintak tolong cikgu tadika mana2 explain kat aku sat..
1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu berbulan bulan.
2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda. Logik ka.. tang mana depa nak lari laju2 sangat..
3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai. Orang ramai bukan rakyat ka?
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri. Takan nak bagitau aku orang Malaya ni kaya2 semua kut..
5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon2 yang serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.
6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.
7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES! Standard la tuh..
8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu.. mungkin takut kena rompak.. tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
12. Bilamasa kita makan di restoran2 makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer. Berapa banyak email yang tak berbalas..
14. Bilamasa agensi2 Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.
15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon2 tersebut dapat duit banyak.
19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com".
22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.
23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.
24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.
26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California , USA .
32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.
33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah.. saya mau tanya tauke".
34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
35. Bilamasa melihat eksekutif2 masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
36. Bilamana penggemar2 dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.
37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".
39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.
42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan.. pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje..
43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.
44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.
47. Bilamana orang2 muda sekarang cepat beruban.
48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.
50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.
52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.
53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).
54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC masih ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.
56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.
sebutir kata:Sungguh menghairankan bilamana korang sanggup bersusah payah baca sampai habis cerita merapu ni hanya semata2 nak tau perkara yang sangat menghairankan AKU.. heh.. heh..
p/s; aku terpaksa padam beberapa nomot yg mungkin akan membuatkan aku kena isa..heheheh
heran...
p/s; ada sesuatu yg x kena dgn aku ni....
Sunday, November 9, 2008
Harap Maaf....
Aku akn kembali merapu dlm masa terdekat.......
Tuesday, October 21, 2008
aku kena tag daaaa.. bab kawen lak tu!!
Wednesday, October 8, 2008
Bayangkanlah.....
Thursday, September 25, 2008
BACA JER LAAA......
(katun peberet aku)
Friday, September 19, 2008
Sunday, September 14, 2008
Angau lagi aku...huhuhuhuh
Sunday, September 7, 2008
I'm yours.......
Sunday, August 31, 2008
terkenang........
Bila pikir dah nak start puasa ni, terkenang zaman bebudak dulu. Memang best giler.. macam x der apa yang nak kita pikir kan? cuma dah beli baju raya ka? mercun dah beli ka? banyak mana? pelita pasang banyak x? pelita botol ker pelita buluh?... Antara benda yang membuat aku ngan kaum-kerabat aku bz wat sementara, meredah sungai sebab nak wat pelita buluh ngan meredah hutan cari bertam sebab nak wat bintang.... Bila tengok bebudak sekarang..........., sedih aku sebab dah xder semangat yang macam aku dan kengkawan (batch bebudak dulu) kat dalam bebudak sekarang. Sume hemtam beli jer, semangat nak raya cuma sekadar "..sebab orang tua suruh..." dan ".. buang masa jer masuk hutan cari buluh wat pelita, kat kedai kan ada jual?.. bintang pun ada...". itulah antara jawapan yang aku yakin kita bley dgr dari mulut mereka. Aku rindukan suasana dulu, suasana kampung yang sepakat bila nak pasang pelita... biar nampak sepanjang jalan dari setiap penghujung, bila nak wat bintang... gotong royong buat yang besar letak kat jalan masuk kampung dan yang mana sempat, buat yang kecik sebab nak letak kat rumah sendiri. Mercun dulu cuma sekadar nak bagi bising agar x sunyi bila bebudak kuar main waktu malam dekat nak raya... X macam sekarang.. Aku hiba bila tengok bebudak sekarang lebih "..besar hati.." nak enjoy daripada nak cari sesuatu yang mungkin boleh jadi cerita dan pengalaman untuk dikongsi dengan anak cucu. Maafkan aku kalau aku pernah terkasar bahasa.... Izinkan aku menjadi antara yang terawal mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri.....
P/s: jujur aku katakan yang aku menangis semasa menaip entry ni sebab teringat zaman aku ngan kengkawan dan ada antaranya yang telah kembali ke rahmatullah pada usia kanak-kanak...
Friday, August 15, 2008
1 step forward 3 step backwards
p/s; always see everything in a positif side...xcept when it come to HIV!!!!
Friday, August 8, 2008
yippiee
Wednesday, July 30, 2008
choose.....
Make sure ya'll choose the best one or my buddy here will karate ur armpit untill all hair drop!!!This is the RED MONSTER, people knew the car in drifting competition but no one knew it's driver alex... (heheheh pity la u bro)Now this... is the BLUE MONSTER, often join the car show competition...... out side it look brutal, but inside it's so furry... (mat bunga nyer kete hehehe.. jgn mare bro)Finally this is Mr. Silver's car... i forgot what the heck he call his car ntah... Ok... my question, which one should i pick as to make-up my DARK HORSE....
Sunday, July 27, 2008
my new project...
Sunday, July 20, 2008
Warkah wat PM
kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u
Namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMENROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'?menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buekmenantu lak...sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lahsobab naik'an hargo minyak ari tu..lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gaklaaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAKLAH!!!!!!!
Sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombungyg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koringyor...sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn..anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopehsekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh lajadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak lamenoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bnghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buektompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) seytepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluansey..bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. adola untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"
Sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jualdatsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado lahasil'eh..team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak punnaik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untukbuek kodoksey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akanberposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)
sey akan buek minyak masak sendiriitu antaro caro sey ngubah caro hidup..ade banyak laie carosemuo kerano UMNO dan bn...dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado..bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolahrumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan mukodio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palohayah dio tu...nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikatbilo dh nak dokek2 pilihanrayo nanti...insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah...tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....
Jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak..jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anakbini'eh nk mentodarah....tak dapek pulak nak menyopping sakan kek obe sea tuh...sey totap nyokong pak lah..akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidupbn..
sekian timo kasih..
ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupogak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...
pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh
Wednesday, July 16, 2008
one of the case...
hehehehehehe.....
Sunday, July 6, 2008
Terluka..
kekadang aku heran.. heran dalam bab nak menjaga ati orang len... kekadang kita yg parah. Bila kita menjaga hati orang, adakah balasan? Adakah yg menjaga hati kita? Apepepun.... Buatlah sehabis baik..
Friday, June 27, 2008
erm....
lastly macam biasa... akibat terlalu kusyuk melayan pertarungan... aku juga lupa untuk amik shot menarik untuk dikongsi dgn korang.. cuma gambar ni yg aku rasa paling dekat (sebab gambar yg len sume jauh dan x jelas)...
apedaaaaaa...... senang disoriented tul aku nih, kalu dibagi pilihan antara kereta sport ngan awek... aku akn pilih kereta...jgn tanya sebab apa aku pilih kereta. (aku break ngan ex aku pun atas sebab yg lebih kurang sama)
Tuesday, June 17, 2008
no title
Tuesday, June 3, 2008
masih jauh perjalanan
Friday, May 16, 2008
tag bergambar....
Okey, ni dia rule tag tersebut;
*Anda diberikan beberapa jenis haiwan utk dilukis, tak kesah dgn apa cara(lukisan tangan atau perisian computer) anda untuk menghasilkan haiwan² pilihan anda terbabit.
*Pilih satu daripada senarai haiwan² dibawah.
*Sesudah menyiapkan haiwan² anda tersebut, sila tinggalkan link blog atau lukisan anda agar mereka yang selepas anda boleh melihat contoh² atau hasil² lukisan anda.
*Tag 1 atau seberapa ramai rakan yang anda mahu.
Jangan delete link² yang lain atau yg sebelum. Terima kasih.
Senarai binatang: -
Calon-calonnya ialah... tyrannosaurus, kuda, kura-kura, itik, ayam, penguin, gajah, ular, naga.
Ini adalah kuda A4 paper aku, staff aku perli aku kata "...orang bayar gaji jaga kami supaya wat keja, tapi dia melukis lak.."
Aku suka kuda... sebab nampak macho, memula ingat nak pilih t-rex , naga atau ular, tapi nanti orang ingat aku garang. Kalu aku pilih kekura nanti orang ingat aku lembab, dan aku x nak amik gajah nanti pjoe ingat aku tiru dia lak... So aku dgn machonya aku 'pilih' kuda sebab macho macam aku.... " sebenarnya binatang yg kita pilih menunjukkan personaliti diri kita"Link:
Sekarang aku nak tag;
rena - buat jugak!!!
tegezoot - lama aku x tgk ko lukis bro...
jinggo - cut & paste x aci nooo...
maksu - hahahaha...
miss_tree - jgn curi kerja sekolah murid tuk jwb tag ni sudah...
mizzliana - bangun tdo tu.., meh wat tag lak.
Buat sume.... nape diam lakkkk..... macam musim hybernate jer kan???
Tuesday, May 13, 2008
kiut... burung apa??
p/s; tag pjoe akan di jawab pada 15/05/2008 jam 0200hrs
Tuesday, April 1, 2008
Bengang pada yg Bangang
Wednesday, March 26, 2008
Pedih dan sakit.....
Sakit leher ngan pedih bahu aku akibat permainan ganaz (entry pegawai khalwat arts4life.blogspot.com ) sapu sunblock tapi lupa sapu kat bahu.. so apalagi, padan muka aku.
Badan ngan muka merah macam anak jepun. leher rasa cam kena silambam. muka bercalar kena cakar ngan butaseni (kot) ..... apapun hepi sebab buleh berendam dalam laut dari kul11.30am (balik keja malam) sampai kul 6.00pm (balik rehat 2 jam) pastu g bersiap nak g keja balik.... BESHH woooooo......
SAPA NAK IKUT GI MANCING NGAN CAMPING SILABAGI NAMA..... 9 ATAU 10 ARIBULAN APRIL NI... (tarikh ni bley di ubah kalu ada majoriti )
Saturday, March 15, 2008
budu rese pedas...
Monday, March 10, 2008
lawak 18sx nih...(lagi...)
Wednesday, February 27, 2008
sumbangan...
acely the joke is like tis...
cube teka, kebanyakan mouse komputer tu jantan ke betina?
Jawaban; betina, sebab mouse konputer slalu pakai pad!!!!
so ada sorang budak (mak budak acely) kirim kat aku stock mouse pad tuk setahun dlm bentuk kelendar....nice, THANKS... ;)
Tuesday, February 19, 2008
ketat
Wednesday, February 13, 2008
episode 2
Tapi kereta org pompuan ni slalunya x der sticker yg eye catching... cuma cukup sekadar rim besar dan warna yg mereka suka....
Wednesday, January 30, 2008
konvoi lagi.....
Baru balik konvoi lagi.... kali ni g pahang lak wat semak kat sana!! actually g sana sebab ada dinner tuk malam penyampaian anugerah dan sijil masa g konvoi pusing semenanjung dulu tu....
Kami sume stay kat Duta Villa Resort yg bagi aku lokasi dia mmg best tapi kureng dari segi promoting.... sebab tempat tue kalu di buat betul-betul mmg leh "hidup" !!
lagi gambar akan di post dlm 2-3 ari lagi.