Wednesday, October 28, 2015

Bersawang...

Assalamualaikum,

Lama jugak aku biarkan blog aku bersawang. bukan xde benda nak taip, tapi antara faktor masa dan juga acc aku dah beberapa kali kene hack ngn cilanat mana ntah.

kekadang tu aku terfikir.. kemana habis semua kenalan blog aku.. diam dan sunyi.

kekadang tu ade gak terfikir nak lepas geram kat sini, tapi kalau dah nak bukak blog pn x sempat.. apa lagi untuk aku menaip benda merapu yang mcm slalu aku buat.. tapi xpe, in sya allah bila ada kesempatan, akan aku usahakan jugak untuk hidupkan kembali blog aku.. In Sya Allah.

Buat teman blog aku yang lain dan yang masih aktif... jom la kita berjemaah cuci blog memasing yang dah bersawang. Eratkan balik hubungan kita... rakan kenalan blog.

Friday, December 6, 2013

Teringat kat arwah mak n abah.. Al-Fatihah buat arwah.

Dah 5 tahun emak xde... dah dah 13 tahun abah pergi, hari aku teringat kat arwah mak ngn abah. Sayu je hati ni tetibe, tapi sampai hari ni terngiang2 suara mak ngn abah. Arwah didik aku dengan elok, hormati orang tua walau camne sekali pun perangai org tu.

Aku masih lagi ingat setiap kalu aku hilang lepas balik sekolah, arwah abah mesti jumpe aku kat sungai tgh berkubang ngn sedara aku dan tangkap ikan. Cara arwah abah suh aku balik senang je, dipatahkan ranting pokok yang kecik pastu buang semua daun dan tunggal pucuk je.. dan lebih laju dari the flash aku dah ada kat umah, trick tu turut dipraktik oleh arwah mak aku heheheh.... mmg menjadi. Tapi xde satu pun singgah kat badan.

Kekadang ade jugak arwah abah turunkan ilmu zaman kanak-kanak dia.. aku pernah naik banana boat original, arwah abah ngn abang aku pakai batang pokok pisang, pastu di potong kat tengan buat mcm lekuk kononnye seat pastu pacak kayu wat handle haahahah aku ngan abang aku nanti lumba bila air sungai pasang. Tak lupa jugak senapang putik terung dan paling best... "pedepom".. aku tataw ape tmpat lain panggil tapi kat kampung aku tu lah namanya.

Bila kat mak aku teringat setiap kali nak kuar town, masa tu umur aku baru 4-5 taon kot, dan antara persiapan arwah mak yang mmg aku ingat sampai arini bedak nyonya hahhaa. Korang mesti ingat bedak ni kalu korang lahir sblm tahun 1985..

Dan jugak bedak yang slalu kita tgk masa kecik..



Hahaha, owh sweet memories. Rindu zaman kanak2 aku dan rindu kene bebel ngan arwah mak. Abah aku is a man of few words.. dia byk pesan dari membebel. Dan cara dia pesan, dia akan guna apa yang aku buat salah dan make an example out of it. Tapi hari ni 06.12.13 aku ngan abang aku akan balik kampung sebab ada kenuri rumah makcik dpn aka my mom BFF cucu dia nak kawen dah.. Mak Cik Cah, nama dorg sama.. arwah mak nama Habsah dan BFF dia nama Habshah.. mmg bff la dorg ni, Nanti balik leh la ziarah pusara arwah.. Al-Fatihah buat mereka.. 

Monday, December 2, 2013

X payah cat dah kete... balut sticker je

Pernah dengar terma “membalut” kereta? Pasti ada di antara kamu pernah terlihat Nissan GTR berwarna hitam mati (matte black) ala Bat Mobil milik Batman, ataupun Range Rover mewah berwarna hijau askar di atas jalan di Malaysia, lalu berkata “Cantik gak kalau cat macam ni”. Maaf dik, kereta-kereta tersebut tidak dicat, tetapi sebenarnya di’wrap’ dengan vinyl.
Wrapping kereta mungkin sudah lama dilakukan di luar negara, tetapi makin mendapat perhatian para peminat kereta, baik pemilik kereta mewah seperi Lamborghini mahupun kereta nasional di Malaysia. Disebabkan terma ini makin biasa kedengaran, ramai tertanya-tanya mengapa wrap kereta, dan tidak dicat sahaja? Bagi kereta mewah di luar negara, proses mengecat akan menelan belanja dari harga sekitar $1000 sehingga $10000, bergantung kepada kualiti dan pilihan warna.
Pada masa yang sama, wrapping kereta hanya menelan belanja sebanyak $500 sehingga $3000, bergantung kepada pembalut vinyl. Berserta dengan perbezaan harga yang ketara ini, banyak kelebihan lain yang tidak mampu diperolehi dengan mengecat. Car murah mungkin akan kelihatan cantik pada awalnya, tetapi dalam jangka masa beberapa lama, kereta yang dicat dengan cat murah akan makin kelihatan hodoh, dan perlu dicat semula. Dibawah ini kami senaraikan 7 sebab mengapa wrapping kereta dikatakan lebih bagus daripada mengecat kereta.
Belanja : Seperti yang dikatakan di atas, harga antara keduanya jauh berbeza, sendiri mau ingatlah. Dengan memasang vinyl berkualti tinggi, pemilik kereta tidak perlu fikir warna kereta pudar selama 4-7 tahun!
Resale Value : Kereta yang dipasang vinyl akan dapat mengekalkan cat asal syarikat pembuat kereta. Yelah, bukan semua orang mempunyai warna kesukaan yang sama. Dengan kelebihan boleh mengekalkan warna asal, pemilik kereta mempunyai pilihan untuk menjual keretanya dengan warna asal ataupun dengan vinyl. Vinyl boleh ditanggalkan dengan mudah, bila-bila masa. Cat asal yang dijaga semestinya memberi impak kepada harga jualan semula.
Pemilihan warna tanpa had:Pemilik kereta boleh menukar warna kereta beberapa tahun sekali, tanpa had warna. Terdapat banyak vinyl ditawarkan di pasaran, baik glossy berkilat mahupun warna mati matte. Ada juga di antara mereka yang menawarkan perkhidmatan vinyl customization (seperti van & lori syarikat), di mana vinyl boleh dibuat mengikut rekaan pemilik kereta.Oh ya, tidak lupa juga terdapat vinyl bercorak carbon-fibre untuk tampak lebih laju dan ringan.
Jangkamasa pemasangan : Seperti yang ramai sedia maklum, mengecat kereta memakan masa yang lama jika dibuat dengan teliti. Lagi lah pula kereta mewah. Dikatakan ada sesetengah syarikat mengecat yang mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan sebuat kereta mewah. Menurut syarikat wrapping kereta tempatan pula, proses wrapping hanya memakan masa 2 hari. Takkan 2 minggu naik bas bang?
Perlindungan : Setiap inci berbalut vinyl di kereta akan melindungi kereta daripada bencana alam dan cuaca panas terik Malaysia. Ini akan memberikan cat kereta tersebut jangka hayat yang lebih panjang, tanpa diganggu oleh panas terik matahari yang tiada sudahnya. Vinyl yang digunakan diperbuat daripada bahan tahan lasak yang mampu bertindak sebagai pelindung kereta daripada calar akibat terkena batu-batu kecil melayang.
Penjagaan : Penjagaan memang mudah. Tidak perlu di’wax’ tiap kali mahu balik raya. Pemilik kereta yang di’wrap’ hanya perlu mengelap kereta dan dibasuh dengan sedikit sabun dan air. Ada juga mereka yang menggunakan kain microfiber dan alkohol untuk menghilangkan kekotoran degil. Mudah, cepat, dan menjimatkan. Bayangkan, 7 tahun tak perlu wax tu!
Ketahanan : Seperti yang dinyatakan di atas, vinyl berkualiti tinggi tahan 5-7 tahun. Antara syarikat pembuat vinyl berkualiti tinggi ialah 3M, Oracal, Avery Dennison dan Mactac. Dengan menyimpan kereta di dalam garage atau pun tempat teduh, vinyl akan bertahan lebih lama daripada yang dijangka. Selepas 5-8 tahun, vinyl boleh ditanggalkan tanpa merosakkan cat asal kereta. Jangan risau, vinyl akan tahan sekurang-kurangnya 5 tahun.
Bagi mereka yang berminat, kamu boleh sahaja google “car wrapping malaysia”. Dikatakan harga biasa dalam RM3000, bergantung kepada kerumitan kerja pemasangan, dan jumlah keluasan yang ingin dipasang. Gambar-gambar di bawah ini memaparkan proses pemasangan vinyl dirumah, sekitar Putrajaya. Bagi mereka yang di bawah bajet, bolehlah cari orang yang handal membalut kereta seperti di bawah. Barang dibeli sendiri oleh pemilik kereta, dan hanya bayar upah pemasangan. Cantik juga bukan?

Thursday, October 31, 2013

Someone... to anyone?

beginning the story... ... ..

Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan
Mr Sori : Yes u could speak to me.
Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!
Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : Im Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : Im Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI !!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum
Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he's a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn't work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i'll broadcast it on the P.A system saying. "Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u're their uncle, u're a nobody. "how bout that!? Toot... .Toot... .Toot... ... ... ... ... ..

Wednesday, October 30, 2013

kelantan vs terengganu...

MENANTU TERENGGANU (MT): MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG'
4 KILO........NANTI KITO BAYAR

MENTUA KELANTAN (MK) : BEREEEHHH.....

SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......................

MT : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi
kentang)... BANYOK-BANYOK NI....

MK : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang).....
PAH TU KETE MANO PULAKKKK...

MT : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI
'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...

kenapa chewing gum di banned di singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Thursday, April 18, 2013

Mak Apan Hilang..!!

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

“Mak gua hilang la..” - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat! “Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

“Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”,

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:

“Dalam sinki penteri.”

Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam! Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.