Saturday, January 8, 2022

Usia dan Hati

Usia..
Bila semakin meningkat usia, semakin cepat Hati terasa,
Bila hati kian terasa, tiada kata terungkap bicara,
Bila tiada kata terungkap bicara, perasaan mula bercanda,
Bila perasaan mula bercanda, otak juga turut berkata,
Otak berpesan pada perasaan agar tiada apa yang harus diungkapkan, supaya tiada kata terpacul tersasul.

Usia..
Semakin kita berusia, semakin kita belajar.
Semaking kita diajar dan belajar akan sesuatu pengajaran di alam kehidupan. Maka seusia ini, otak dan hati selalu bersatu.
Berpesan, beringat akan perasaan agar diamkan sahaja tentang apa apa.
Kerana diam itu lebih bermakna 
Kerana diam itu lebih bicara
Kerana diam itu lebih mencerminkan kematangan.

Kerana diam dalam berusia.. adalah diam yang tiada tolok bandingnya dengan kelantangan bersuara tanpa akal.

Walau berpesan akan perasaan, bilamana diam itu amat menyakitkan, menghiris dan membebankan.
Akan tetapi diam diusia ini.. diam yang tenang.

Kerana usia dan hati bukan lagi lawan nafsu dan perasaan.

Kerana diseusia ini.. kematangan dari hati. Bukan umur jadi ukuran. Bukan kerjaan jadi sukatan.

Aku diam kerana aku sayang, kerana aku masih peduli.
Biar perasaan menangis setiap hari, asal yang menangis itu aku.. bukan kamu.

No comments: