Monday, December 2, 2013

X payah cat dah kete... balut sticker je

Pernah dengar terma “membalut” kereta? Pasti ada di antara kamu pernah terlihat Nissan GTR berwarna hitam mati (matte black) ala Bat Mobil milik Batman, ataupun Range Rover mewah berwarna hijau askar di atas jalan di Malaysia, lalu berkata “Cantik gak kalau cat macam ni”. Maaf dik, kereta-kereta tersebut tidak dicat, tetapi sebenarnya di’wrap’ dengan vinyl.
Wrapping kereta mungkin sudah lama dilakukan di luar negara, tetapi makin mendapat perhatian para peminat kereta, baik pemilik kereta mewah seperi Lamborghini mahupun kereta nasional di Malaysia. Disebabkan terma ini makin biasa kedengaran, ramai tertanya-tanya mengapa wrap kereta, dan tidak dicat sahaja? Bagi kereta mewah di luar negara, proses mengecat akan menelan belanja dari harga sekitar $1000 sehingga $10000, bergantung kepada kualiti dan pilihan warna.
Pada masa yang sama, wrapping kereta hanya menelan belanja sebanyak $500 sehingga $3000, bergantung kepada pembalut vinyl. Berserta dengan perbezaan harga yang ketara ini, banyak kelebihan lain yang tidak mampu diperolehi dengan mengecat. Car murah mungkin akan kelihatan cantik pada awalnya, tetapi dalam jangka masa beberapa lama, kereta yang dicat dengan cat murah akan makin kelihatan hodoh, dan perlu dicat semula. Dibawah ini kami senaraikan 7 sebab mengapa wrapping kereta dikatakan lebih bagus daripada mengecat kereta.
Belanja : Seperti yang dikatakan di atas, harga antara keduanya jauh berbeza, sendiri mau ingatlah. Dengan memasang vinyl berkualti tinggi, pemilik kereta tidak perlu fikir warna kereta pudar selama 4-7 tahun!
Resale Value : Kereta yang dipasang vinyl akan dapat mengekalkan cat asal syarikat pembuat kereta. Yelah, bukan semua orang mempunyai warna kesukaan yang sama. Dengan kelebihan boleh mengekalkan warna asal, pemilik kereta mempunyai pilihan untuk menjual keretanya dengan warna asal ataupun dengan vinyl. Vinyl boleh ditanggalkan dengan mudah, bila-bila masa. Cat asal yang dijaga semestinya memberi impak kepada harga jualan semula.
Pemilihan warna tanpa had:Pemilik kereta boleh menukar warna kereta beberapa tahun sekali, tanpa had warna. Terdapat banyak vinyl ditawarkan di pasaran, baik glossy berkilat mahupun warna mati matte. Ada juga di antara mereka yang menawarkan perkhidmatan vinyl customization (seperti van & lori syarikat), di mana vinyl boleh dibuat mengikut rekaan pemilik kereta.Oh ya, tidak lupa juga terdapat vinyl bercorak carbon-fibre untuk tampak lebih laju dan ringan.
Jangkamasa pemasangan : Seperti yang ramai sedia maklum, mengecat kereta memakan masa yang lama jika dibuat dengan teliti. Lagi lah pula kereta mewah. Dikatakan ada sesetengah syarikat mengecat yang mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan sebuat kereta mewah. Menurut syarikat wrapping kereta tempatan pula, proses wrapping hanya memakan masa 2 hari. Takkan 2 minggu naik bas bang?
Perlindungan : Setiap inci berbalut vinyl di kereta akan melindungi kereta daripada bencana alam dan cuaca panas terik Malaysia. Ini akan memberikan cat kereta tersebut jangka hayat yang lebih panjang, tanpa diganggu oleh panas terik matahari yang tiada sudahnya. Vinyl yang digunakan diperbuat daripada bahan tahan lasak yang mampu bertindak sebagai pelindung kereta daripada calar akibat terkena batu-batu kecil melayang.
Penjagaan : Penjagaan memang mudah. Tidak perlu di’wax’ tiap kali mahu balik raya. Pemilik kereta yang di’wrap’ hanya perlu mengelap kereta dan dibasuh dengan sedikit sabun dan air. Ada juga mereka yang menggunakan kain microfiber dan alkohol untuk menghilangkan kekotoran degil. Mudah, cepat, dan menjimatkan. Bayangkan, 7 tahun tak perlu wax tu!
Ketahanan : Seperti yang dinyatakan di atas, vinyl berkualiti tinggi tahan 5-7 tahun. Antara syarikat pembuat vinyl berkualiti tinggi ialah 3M, Oracal, Avery Dennison dan Mactac. Dengan menyimpan kereta di dalam garage atau pun tempat teduh, vinyl akan bertahan lebih lama daripada yang dijangka. Selepas 5-8 tahun, vinyl boleh ditanggalkan tanpa merosakkan cat asal kereta. Jangan risau, vinyl akan tahan sekurang-kurangnya 5 tahun.
Bagi mereka yang berminat, kamu boleh sahaja google “car wrapping malaysia”. Dikatakan harga biasa dalam RM3000, bergantung kepada kerumitan kerja pemasangan, dan jumlah keluasan yang ingin dipasang. Gambar-gambar di bawah ini memaparkan proses pemasangan vinyl dirumah, sekitar Putrajaya. Bagi mereka yang di bawah bajet, bolehlah cari orang yang handal membalut kereta seperti di bawah. Barang dibeli sendiri oleh pemilik kereta, dan hanya bayar upah pemasangan. Cantik juga bukan?

1 comment:

Unknown said...

Nak tahu jugak tuh.. Kat mne boleh beli vinyl wrap tuh.. nk buat sndiri.. hihihi