Sunday, August 26, 2007

buat peminat komik.....

Duduk sensorang lepas bangun tido kat dlm bilik aku ( keja malam) bangun g mandi. Pastu naik belek buku "SUPER-HEROES" yg aku beli minggu lepas.














Apa yg buat aku beli buku ni adalah sebab mmg aku minat komik dan anime. Tambahan pula hasil keja kali ni adalah alex ross dan paul dini yg art work diaorg mmg cun tahap mentibang laut!






















Percaya atau x, ini adalah hasil dgn menggunakan water colour aje yg aku sendiri penah try dan mmg menjadi. Hasil keja aku selalunya menjadi mangsa anak saudara aku yg mmg gila katun.







Citer kat dlm buku ni mmg simple... start dari siapa mereka dan dari mn asal mereka dan power mereka dtg.




Kerekter sumanya dari justice league of america atau JLA. Wording atau kata-kata yg power gak ada dimasukkan dlm ending yg agak sedih dimana jarang sekali kita tgk hero gagal atau hampir gagal dlm usahanya.


"I know i am fighting a war i can never win.."









Dan superman gagal selamatkan
mangsa kebuluran di benua afrika apabila barang makanan yg di bawanya di letupkan oleh puak gerila..


"My mission ends here, incomplete and in failure.."

So tuk peminat-peminat komik dan katun... x rugi kalu korang beli buku ni sebagai rujukan.

so aku nak tanya......... "WHAT WOULD YOU DO... WITH ONE MORE DAY?"

Friday, August 24, 2007

alert de general.....!!!!!!!!!

huarrgggh!!!! mlm first, keja mlm slalunye aku susah ngantuk tapi sbb aku tgk staf aku sume mcm x makan nestum aku pun mcm terikut.... tapi x terpengaruh la. Sbb bab berjaga malam ni aku mmg suka. Rasa kejap jer nak sampai hari merdeka, dan kejap jer konvoi aku dah nak mula.

Tuk yg x tahu, bermula 27/08/2007 aku x kan check blog aku sehingga pulang dari jalan-jaln pusing semenanjung. Aku dan group perdana v6 aku (http://www.v-sixers.com/ ) akan pusing semenanjung bersama 50bijik keta sempena 50 tahun kemerdekaan ni. Dari penang kami bertolak tuk gathering kat dataran ngan group dari pahang, johor, kl & s'gor dan pantai timur. Petang 31/08/2007 kami akan bertolak tuk jelajah malaya, so nanti aku akan post gambar kat dlm blog ni tuk sapa-sapa yg nak tgk. Aku mungkin blog balik pada 06/09/2007.

aku rasa x kan ada pihak yg merindui aku selama kehilangan aku ni kot.... aku rasa la.Tapi tuk sume awek-awek bloggers... aku rindu akan kamu sume..hehe

Friday, August 17, 2007

Bi0L.. $Ew3L... ke M3n74L?






Terdetik aku tuk tulis benda ni selepas terbaca komen nezjoe kat beberapa blog kengkawan, Mungkin ramai yang terperasan aku ada tulis sesuatu yg lebih kurang macam "giler sex nyer bdk", maksud aku mcm "...mmmmmuah..", "sayang", "laling" dan beberapa benda lagi... Bukan terasa dgn kata-kata nezjoe, tapi aku tertanya kat diri aku... ape ke he nye aku ni?

Sebenarnya 2 3 menjak ni aku rasa mcm x tenteram, mcm tgh rindu kat seseorang tapi aku x tau sape yg aku tgh rindu. Kalu aku ada awek aku x kisah sebab terang aku nanti rindu kat dia kan??? Tapi skarang ni ntah lah?? Perasaan kita kekadang suka mainkan kita jugak, buat kita rasa camni. Mungkin aku baru tahu yg hidup aku selama ni terlalu letak kawan kat depan dan terlalu kejar harta sampai bila kwn dah kawin baru aku rasa aku x der kawan. Bila sorang demi sorang kawan kita kawin, kita seronok tgk,lelama baru kita perasan yg kita tinggal sorang.



Tegezoot, Pegawai khalwat, Butaseni, Jinggo dan ramai kawan bloggers suruh kawin, (senang je ckp sbb korang dah ada) Perasaan ni buat aku x leh duduk diam atau tidur ngn aman... sebab bila aku terlayan jiwa aku akan rasa rindu pada aku pun x tau siapa..... pelik kan?



Aku x nak taip panjang sebab aku tahu kengkawan aku maleh nak baca tulisan yang panjang-panjang, tambah lagi kalu luahan perasaan kan? Buat mereka yg aku tersinggung secara x langsung...... "MINTAK MAAF" seikhlas ucapan dari AKU.

p/s; sampai sekarang aku masih tertanya... rindu pada siapa?

Wednesday, August 15, 2007

pepandai je tag aku huhuhu

The Rules:

Post these rules before you give the facts.

List 8 random facts about yourself.

At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).

Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!

8 bendalah korang Tak berapa Tahu Pasal Aku;-

1-Kalau aku marah....-(Kalau la aku marah) Bagi ruang kat aku atau masa selama satu jam tanpa gangguan dari sesapa terutama org yg aku tgh marah tu! Pas sejam tu kalau nak sembang pun x per. Mungkin tu lah sebab bebudak teater kata aku suka merajuk kot. Kalau marah sgt aku amik masa sehari! Sebab kat dinding rumah aku ada satu poster... kata-kata dia camni ;
If you are angry, count to TEN before you speak
If very angry, count ONE HUNDRED before you even speak
If you are so very angry, count ONE THOUSAND!!!

2- Pemalu..... Aku ni sebanarnya nak kata pemalu x lah sgt tapi kalu ngan pompuan mmg ya! Kalau contoh bila ada sorang pompuan yg aku berkenan atau pompuan bagi 'respon' kat aku dan kalangan group dia tu x der org yg aku kenal.... tobat mmg sampai tua la dia nak tunggu aku g tegur dia. Tapi bila kengkawan aku bawak kawan-kawan pompuan tengok show atau kuar outing ngan aku sekali , aku akan jadi ramah sebab x nak drop kawan aku nyer waterface walau dlm hati ngan muka aku merah padam sebab segan. ( org banyak salah sangka dgn perangai aku yg ni).

3- Lagu.... Aku layan hampir sume jenis lagu, lagu cina, lagu oldies, kecuali lagu tamil sbb aku x paham langsung!! lagu cina fav artis aku mcm jay chou, rain, dan compilation love song cina. Lagu ompytih lak aku layan dari Gary Moore, Micheal Bubble sampai la nicleback, system of a down dan a few underground ban di malaysia dan singapore.

4- Rumah...Aku suka kemas rumah, buat deko pastu experimen ngan susun atur benda yg ada dlm umah aku serta pokok kat laman rumah... ( tapi buat masa ni aku stop sebab mak aku marah..huhuhu)

5- Pilihan... Aku lebih gila kat keta dari gila kat pompuan. Kalau di letakkan pompuan cantik kat tepi sebuah keta yg menarik, mmg aku x pandang dah pompuan tu!! sumpah!!!

6- Makanan.... Aku x der pantang dlm makan. Sebab tu nick aku dpt "ah_cock". sbb aku x kisah janji worth the money, tapi aku cerewet dlm setiap yg aku order! make sure apa aku mintak, order to be made exactly jgn pepandai improvise tanpa tanya aku. (mamak nasi kandar slalu kena 'maki' ngan aku....heheheh

7- Harta-benda.... Aku x kedekut nak bagi pinjam walau duit skali pun, Tapi prinsip aku, sekali slack jgn harap ada yg len kali. Duit aku byk yg "kencing". lagi pun duit leh cari... kepercayaan tu yg susah! Keta kesayangan aku pun penah bagi pinjam tapi kawan aku pegi langgar apek atas beskal.... camner dia bwk keta pun aku x tau.

8- Chenta..... Aku jenis yg cepat cair, cepat sayang, cepat jatuh cinta. Tapi sampai skang x kawin lagi sebab lambat.huhuhu dh x der jodoh kan? So skang ni aku cari duit dan cari keta sport laaaaaagi best....

8 dah!!!!! Sekarang giliran aku pulak nak tag orang. Kepada yang kena tag tu, adalah mandatori - kena buat

Calon-calonnya adalah;
Airynnz
Butaseni
Rena
Pegawai khalwat
Indah sakura
Tegezoot
Mak su
Miss_tree

Tuesday, August 7, 2007

MAYBE.....

IF I HAD ONE SINGLE WISH,
I'D GO BACK TO THE MOMENT I KISS YOU GOODBYE,
NO MATTER HOW HARD I TRY,
I CAN'T LIVE WITHOUT YOU BY MY SIDE,

MAYBE YOU SAY YOU STILL WANT ME,
MAYBE YOU SAY THAT YOU DON'T,
MAYBE WE SAY IT WAS OVER,
BABY I CAN'T LET YOU GO..

I WALKED AROUND TRY TO UNDERSTAND,
WHAT WE WENT WRONG.. BUT I CAN'T PRETEND,
IT WASN'T ME AND IT WASN'T YOU,
BUT I CONVINCE WE GAVE UP TOO SOON.

-ENRIQUE IGLESIAS