Saturday, May 30, 2020

2020: The year the Earth stopped.

Assalamualaikum, cuma nak catit dan kongsi disini memori yang akan masuk dalam sejarah dunia dimana "DUNIA BERHENTI BEROPERASI" .

Ya, seluruh dunia berhenti akibat Virus yang melanda dunia.. Virus diberi nama Covid-19, dikatakan berasal dari Negara China, wilayah Wuhan. Dikatakan virus ni adalah hasil dari makmal di wilayah Wuhan yang telah dibuat oleh beberapa saintis yang dibawah arahan Illuminati atau Freemason.. xtaw la betul atau x..

Anyway, virus ni mula menyerang Wuhan pada bulan 10 2019 kononnya. Dan negara kita Malaysia di serang pada awal January, tetapi kerajaan mula mengambil serius pada bulan March dan semua dikenakan Quarantine di rumah bermula 18 March 2020. 

Bermula bulan March.. seluruh dunia merasa kesan serangannya sehingga tiada yang dibenarkan keluar untuk apa saja alasan sekali pun. Maka seluruh dunia tidak beroperasi.. tiada sebarang urusan diluar sehingga dunia kelihatan seakan akan bebas dari acaman manusia.

Tetapi dalam masa itu, dunia menyembuhkan diri dari pencemaran manusia dimana udara dan lautan kembali jernih, nyaman dan hinggakan haiwan keluar merayap didalam bandar.. indah!

Sehingga ke hari ini 30 May 2020, dunia masih lagi dalam Quarantine tetapi sudah beroperasi kerana dikatakan kesan virus ini semakin menghilang. 

Bagi aku, ini kuasa ALLAH kerana hanya manusia terkesan dengan virus ini... Tiada haiwan yang terjangkit.

Tuesday, April 21, 2020

Tips Ilmu Hutan

#PakatShare #SemogaBermanafaat
ILMU HUTAN
RUGI TAK BACA.! 
(juga baik untuk Kaki Pancing)

Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

C/P..

** Gambar sekadar hiasan

Saturday, April 18, 2020

Generasi

Siapa yg lahir pada tahun 50'60'70'80an..?

1-   Mereka yang lahir di tahun   
      50-60-70-80 an, adalah 
      generasi yang layak 
      disebut generasi paling 
      beruntung. Kerana 
      kitalah generasi yang   
      mengalami loncatan 
      teknologi yang 
      begitu revolusi di abad 
      ini, dengan keadaan usia 
      prima.
     

2-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah menikmati 
      riuhnya suara mesin taip.
      Sekaligus saat ini jari 
      kita masih lincah menari 
      di atas keyboard pula.
      

3-   Akulah generasi terakhir 
      yang merakam lagu dari 
      radio dengan tape 
      recorder. Sekaligus 
      kita juga menikmati 
      mudahnya memuat-turun
      lagu dari gadget.
      

4-   Akulah generasi semasa
      kanak2 bertubuh lebih
      sihat dari anak masa 
      kini kerana mandi sungai,
      panjat pokok, melastik, 
      guli, getah gerip, adalah 
      permainan yang tiap hari 
      akrab dengan kita.
      Sekaligus saat ini mata 
      dan jari kita tetap lincah 
      memainkan pelbagai
      game  di gadget .
      

5-   Akulah generasi terakhir 
      di masa remaja yang 
      pernah mempunyai 
      geng yang tanpa janji, 
      tanpa telefon / sms tapi 
      selalu boleh berkumpul 
      bersama menikmati 
      malam minggu
      sepuasnya... 
      kerana aku adalah  
      generasi yang 
      berjanji cukup  dengan 
      hati. Kalau dulu kita 
      harus bertemu untuk 
      bergelak tawa bersama. 
      Kini aku pun tetap bole
      Ketawa di grup Facebook/
      WhatsApp . 
      

6-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah menikmati  
      lancarnya jalan raya 
      tanpa jammed di mana-
      mana. Juga naik motor 
      menikmati segarnya 
      tiupan angin di jalan 
      tanpa helmet di kepala.
      

7-   Akulah generasi terakhir 
      yg pernah menikmati 
      tanpa perlu berpikir ada 
      penculik yg 
      membayangi kita.
       

8-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah merasakan
      nikmatnya menonton tv 
      hitam putih dengan 
      senang untuk pindah 
      saluran sana sini 
    

9-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah begitu
      mengharapkan 
      datangnya posmen     
      Menghantar surat, dari 
      sahabat atau kekasih 
      hati

10. Generasi yg bawa 
       RM0.10 - RM0.50 
       ke sekolah tapi blh 
       makan sampai 
       kenyang kat kantin ...

Itulah aku...

Anda generasi itu?

Saturday, January 4, 2020

Noura Nerissa Natasha... Turn 1


Semalam, 03/01/2020 genaplah setahun anak dara aku yang no 2 Noura Nerissa Natasha binti Rohezry dah berusia 1 tahun..!!!!

Nothing much i can post in my blog as she's far away in Selangor while i'm here in Penang working. Miss my 2 little princess, rindu sangat.

 Well, like i said... nothing much i can post only that I REALLY MISSED THOSE SMOOCHING AND HUGS of my little princess.

Opening tahun 2020... serrr!!

pening of this year 2020 has not been kind to me....

Pembukaan tahun ni, mmg dah bagi muqadimah thorbaek kat aku. On the way nak dtg kerja, ada eksiden causing aku sangkut dalam traffic jem hampir sejam.. so datang kerja first day of 2020 lambat. X cukup dgn itu, kerja yang aku buat semua x kena. Macam budak freshies buat kerja.. satu pn x nampak mcm hasil kerja aku, silap melambak dan tu x termasuk lagi dengan customer complaint dan rookie mistake yang bodo aku dah buat.. 


Sumpah aku rasa nak balik je masa kerja tu, tapi that will not show my sense of responsible yang aku ada. Tapi berlinang jugak la air mata aku masa tgh kerja. Bad vibes ni a.k.a bad luck ni start dari 24.12.19 dia drag sampai lah 01.01.2020... dan aku doa pada ALLAH yang bnda ni x berlarutan... Nauzubillah himinzalik.


Ya ALLAh lindungilah aku dan keluarga, permudahkan lah urusanku, murahkan rezki ku dan berkatkan lah rezeki keluarga ku...



Sampai ke hari ni aku masih lagi trauma dan risau ttg apa lah dugaan yang ALLAH dah susun kat aku... risau. Tapi aku yakin, ALLAh xkan uji umatnya kalau dia x sayang dan x yakin yang kita bole hadapi ujian tu. 



Anyway....  aku nak wish jugak la kat semua......


babai....