Saturday, August 11, 2012
Bingung
Aku pelik..
Kenapa kebelakangan ni kesabaran aku teramat menipis.. setiap kali aku tidur, jantung aku berdetik kencang dan perasaan marah memuncak. Tanpa sebab, kadang kala aku rasakan otak aku juga turut serta dalam acara ini.
Aku hairan..
Kemana hilang semua kesabaran aku yang dahulu adalah sesuatu yang aku boleh banggakan.. Suatu ketika dahulu amat aku kagumi. Fikiran ku juga seakan kurang waras pada suatu ketika.
Aku bingung..
Kenapa aku jadi begini, mampukah aku melawan perubahan pada diriku ini? kadang-kala rasa ingin ku teriakkan perasaan ku agar seluruh alam tahu apa yang kurasakan. Tapi sekiranya mereka mendengar, belum tentu ada yang memahami akan konflik pada diri ini.
Aku sedih..
Sebab sekarang aku rasakan yang aku tidak lagi bebas seperti dulu. Aku rasakan terkurung dalam kehidupan yang dulu aku ingin merasa. Dan mengapa sekarang juga fikiran dan jiwa aku melawan diri aku sendiri. Kemana pergi aku yang dahulu ceria, kemana hilang aku yang dulu riang, kemana mati aku yang dulu...AKU.
Subscribe to:
Posts (Atom)