Tuesday, October 21, 2008

aku kena tag daaaa.. bab kawen lak tu!!

Ingt nak wat posting baru, tgk-tgk sekali kena tag oleh budak kecik ni lah pulakkk.. nampak sangat dah gedik nak kawen anak pompuan cik mid ni kan??


Ok, kita mulakan..


1) How old are you?

28 1/2....kot.


2) Are you single?

i'm not single bak kata peirre andre.


3) At what age do you think you’ll get married?

ntah la... esok kot, 5 jam lepas cik rena kita bersanding...


4) Do you think you’ll be marrying the person you are with now??

YUP!!!!!! ....insyallah.


5) If not, who do you want to marry?

Lisa Surihani, Agnes Monica (sori Pjoe...hehehe) or may be sesapa yg masuk meminang aku.

(first 15 get 60% disc!!)


6) Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?

Prefer garden, tapi nanti org kampung kata kedekut!! so aku ingt nak wat kat beach, tapi risau mak bapak x leh kontrol anak2 kecik yg hyperaktif mcm pjoe... tgk lah nanti kat mana sugar mummy aku nak sponsor..


7) Your ideal motif?

ikut pengantin pompuan (diorang ni pelik sket... x ikut nanti sampai mampus dia ungkit!!!)


8) Where do you plan to go on a honeymoon?

jepun..... bley bawak anone jepun balik jadi maid kat umah aku...hehehe


9) How many guests do you think you’ll invite?

Perghhh.... Below thousand. group keta aku campur group teater dah nak penuh stadium... so lu pikir la sendiri.. (tu belum campur suku-sakat, adik beradik & member my sibling lagi)


10) Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?

simple, tapi biar ingt sampai aku kawen lagi satu pun x leh celen...


11) Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??

jgn nak memandai.... (bak kata kakak aku masa abg aku nak tunjuk tere!!!)


12) How many layers of cake do you want to have?

Layer cake apollo ker nih??


13) Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?

ikut suka sugar daddy aku....


14) When do you want to get married, evening or morning?

Malam la beshhhh.... nampak romantik beb!!! pasang pelita mcm mlm raya ngan lilin d merata penjuru...


15) You’d rather have your reception outdoors or indoors?

outdoors..... sebab aku nak wat malam.


16) Do you like a grand entrance for your bride?

Yup... (ni solan utk bini no 1 ke yg ke 2, atau yg ke 3???)


18) Name the song/tune you’d like played at your wedding??

Kan bagus kalau suruh bebudak marhaban & diselangi dgn anak sedara khatam quran.. mesti tenteram aku kat atas pelamin..


19) Are you a morning person or a night person?

Solan ni utk bab yg mana? Aku no hal... bila-bila pun 'on'


20) Do you want a solemn ceremony or a light one?

light & easy..


21) What age do you want to get married?

bila dapat calon bini muda.... solan ni dah tanya kan tadi?


22) Describe your ideal husband/wife.

the one that suits with me and my family as well as i’m suits with him and his family (pinjam ayat rena.... sori)


23) Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?

ingat nak wat traditional malay, makan bersila d bawah wakaf!!!! (pastikan sume pakai stoking baru... kalu x hilang selera org len!!!)


24) Champagne or red wine?

astaga!!!! niat dah elok. kalu cam ni terang neraka aku ngn bini aku!!!


25) Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

aku x gelojoh..... so aku pegi lepas seminggu kot. bagi sume beres dulu.


26) Money or household item?

itu jer??? rumah x nak bagi ker??


27) Who will pay for the bills?

lagi mau tanya ka?? aku le jwbnye.


28) Are you ready for married life?

hmm.. belum


29) Do u think you will still be a virgin until u get married?

mpfftsss... (bersembur air sirap aku)... susah nak jawab nih!!!


30) Will u always be true to your wife/husband?

Hait.... domoarigato!!!


31) How many kids do u like?

harap dapat kembar 6.... sekali jer bini aku nak tahan .... make sure 3 pasang. senang!!


32) A new house for a newly wed or an old one?

janji cukup anak beranak...


33) Will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?

bini no.1, silver.. bini no.2, gold.. bini no.3, diamond.. (yg len sume jd mistress jer!!!)


34) What kind of cuisine would u like for ur wedding?

ala cart!!!! hangpa nak mentekedarah apa hangpa oder!! BAYAR SENDIRI!!!!!


35) Will u record ur honeymoon in a cd or dvd?

Huih!!!! rakam - rakam ni bahaya ooooooo


36) Whose wedding plans would you like to know next???

1) En. Pjoe.... (ko mesti boring ngan solan ni kan??)

2) Abg butaseni... mmg patut aku tanya solan ni!!!

3) cik katak!! the frog princess!!

4) en mamat khalid (kalu ada chance la.. hehehehe)

5) Mizzliana.... ni pun tgh merenyam gak ni!!

Wednesday, October 8, 2008

Bayangkanlah.....

Seminggu sebelum raya, Badrul Azezee atau Bart (bukan nama sebenar) sedang mewindow shopping di sebuah shopping kompleks yg agak terkemuka dgn muka toya dan hidung yg kembang-kempisnya setelah mendapat bonus (menang nombor ekor). Dalam sedar dia merasakan ada sepasang mata sedang memerhatinya, dan naluri lelakinya yg agak perasan macho terus mengontrol hensem kerana dia tahu gadis chomel tadi seakan ada kimia (chemistry) dgnnya. Dlm tektik yg dirasakan cukup bijak (dia rasa la) Bart membuat satu 'tawaf' kat atrium B itu dan muncul di belakang gadis chomel tadi dan bermulalah satu detik perkenalan yg amat bermakna baginya kerana dia berjaya mengayat seorang wanita yg chantek tahap dewataraya. Kemachoan Bart semakin memuncak apabila banyak mata memandang akan keayuan dan kechomelan gadis itu.


Kini genap 3 1/2 hari Bart mengenali gadis yg perkenalkan dirinya sebagai Farida (juga bukan nama sebenar) dan tahap ke-angau-an Bart seakan x terbendung lagi. Kekadang rasa macam nak dibuatnya satu pondok lepak kat rumah sewa Farida, Gadis yg berjaya membuat Bart menjadi seperti orang yg sedang berlakon dalam filem hindustan dimana tahap jiwangnya x bley diterima dek akal. Dalam diam Bart merancang, kalau aku bawak balik jumpa mak aku mesti dia suka dan org kampung mesti respek, saspek dan kerepak terhadap dirinya yg mmg dikenali dgn sifat memilihnya terhadap awek!! Bayangkan, pernah dia tinggalkan x-aweknya dula yg memang boleh mengalahkan keayuan Scarlet johanson, Aishah sinclair, Yasmin hani ataupun Diana Denielle sekali... semata-mata aweknya itu bukan 'tek team' dan 'kaki panjang'. Nah! sekarang, Farida memiliki segala yg dia inginkan termasuk sebuah S2000 yg berwarna merah dan meminati pasukan bola Arsenal!! Lagi 3 hari setengah dah nak raya.. perancangan harus sempurna tanpa masalah teknikal atau ganguan cuaca. Apatah lagi Farida setuju untuk pulang dgnnya kekampung.


Hari ini, hari terakhir posa (walaupun Bart bukan jenis yg suka posa...kekadang). Persiapan raya dah siap, duit raya untuk disedekah dah ready hatta hingga butang baju melayu (walau yg dulu pun x penah guna) dibeli baru semata-mata untuk tampak menawan pada Farida.. Dijemput Farida dari rumah sewa untuk pulang kekampung untuk dipersembahkan kepada emaknya yg sering berleter bak pengacara sukan worldcup!!


Sepanjang perjalanan, mata Bart langsung xleh konsentret kat jalan sebab sibuk menskodeng lurah si Farida yg putih gebu bak airbag kereta RX-8nya. Sekarang tibalah mereka dikampung, dimana suasana yg memang meriah dan keadaan rumahnya x ubah macam dalam drama melayu utk hari raya. Dalam hati Bart yg memang x penah rendah diri dan ego doplohpat jam membayangkan akan dirinya dipuji melambung-lambung macam angkasawan negara. Hati Bart semakin yakin apabila melihat Farida mmg masuk kepala ngan sume sedara-mara kat dapur, malah dgn makcik Rogayah rumah ujung kampung emak kepada kawannya semasa kecik pun dah macam mak ngan anak peelnya. Dalam fikiran Bart, pandai sungguh si Farida ni amik hati orang tua. Habis dicanang kepada member kampung yg dah dekat 15 tshun x jumpa yg dia akan mempunyai isteri paling cantik dalam kampung dan serata mukim yg sewaktu dgnnya. Tidurnya x lena malam tu sebab Farida tidur dirumah makcik Rogayah dan bukan dirumahnya dimana kalu boleh dia akan sentiasa memerhati Farida walau meleleh air liur basi hijau sekalipun!! Tambahan pula makcik Rogayah tu adalah emak kawan lelaki sepermainan semasa kecil. Dan risau akan makcik Rogayah mengrekomenkan kepada anaknya pula..


Mengingatkan akan aksi ringan-ringan hampir setiap perjumpaan yang pernah mereka lakukan bersama, terdetik dikepala Bart, xkan lah Farida sanggup meninggalkannya dan pergi kepada org lain setelah Farida pernah melafazkan ".. sampai mati pun kita tetap x akan putus..". So, Bart semakin tenang dari memikirkan benda remeh camtu.


Setelah habis semayang raya... Dgn gelojohnya dia meluru kerumah makcik Rogayah untuk bertemu dgn buah hati pengarang paru-parunya, Farida, Gadis yg menekelnya di shopping kompleks dibulan puasa. Tetiba stim Bart terpotong apabila makcik Rogayah yg tercongak kat depan pintu bila Bart memberi salam persis pakistan jual karpet. Stim Bart datang balik bila kelihatan emaknya juga berada disitu dan maka sahihlah keselamatan Farida terjamin..


Dijemputnya masuk oleh makcik Rogayah kedalam rumah, dgn penuh konfiden dia melangkah bak ketam mabuk berjalan lurus (* kalau tgk ketam jalan lurus nanti, memang gerenti yg ketam tu mmg mabuk!!!!) Hatinya berdebar-debar seraya macam nak bersunat kali ke-4 dulu (sebab yg len sume dia lari sembunyi). Kali ini hatinya bertukar menjadi marah apabila Farida memanggil makcik Rogayah 'MAK". Aiseh, xkan Farida dah terkena jarum, termakan umpan dan tercalit minyak senyonyoh aleh kawan baik sepermainannya? Bart semakin bingung dan marah. Tambahan pula diluar sana member kampung semakin ramai datang, xkan dia nak membiarkan orang kata dia kena potong atas angin?? Ini xleh jadi, dia harus siasat!!


Raya tahun itu adalah raya yg x boleh Bart lupakan, genap 28tahun dah kejadian tu terjadi dan 28tahun jugalah Bart x balik kampung kerana malu tahap maksima sampai x leh nak cerita nih!! Dimana Farida, awek chomel giler yg tempat Bart memuas nafsu ringan-ringannya, awek yg dia ingat yg terakhir, awek yg buat dia angau tahap filem hindustan (walau Bart mmg x suka filem hindustan), awek yg dicanang sekampung akan menjadi isteri katanya, awek yg amat perfect dimata Bart, awek yg lurah putih dan kaki panjang itu... adalah rakan sepermainan semasa kecil... Mohd. Farihin bin Mohd. Ramlan. Tapi kenapa dia x penah mention kepada Bart? Patut lah dulu, sikit sikit repot kat Bart, sikit repot kat Bart!! Dan patutlah dia senang ngam ngan mak Bart dan sume org kampung, sebab mmg dah sekampung!!!


Cerita ini adalah rekaan semata-mata gelap, tidak kena-mengena dgn yg idup mahu pun arwah, sebab tu aku letak "..bukan nama sebenar..". Sebarang cetakan semula adalah dilarang sama sekali atau dua tiga kali (tapi bila korang mintak aku bagi kot).


Moral of the story, jgn tunggu raya baru nak jumpak kengkawan, balik kampung, ego tinggi, contact member, nak wat ringan-ringan dan yg paling penting... Jgn jadi bapok!! pompuan dah cukup banyak dah kat dunia ni!!


Selamat hari raya dan aku mintak mahap balik (2nd time).. huhuhu