Saturday, January 8, 2022

Usia dan Hati

Usia..
Bila semakin meningkat usia, semakin cepat Hati terasa,
Bila hati kian terasa, tiada kata terungkap bicara,
Bila tiada kata terungkap bicara, perasaan mula bercanda,
Bila perasaan mula bercanda, otak juga turut berkata,
Otak berpesan pada perasaan agar tiada apa yang harus diungkapkan, supaya tiada kata terpacul tersasul.

Usia..
Semakin kita berusia, semakin kita belajar.
Semaking kita diajar dan belajar akan sesuatu pengajaran di alam kehidupan. Maka seusia ini, otak dan hati selalu bersatu.
Berpesan, beringat akan perasaan agar diamkan sahaja tentang apa apa.
Kerana diam itu lebih bermakna 
Kerana diam itu lebih bicara
Kerana diam itu lebih mencerminkan kematangan.

Kerana diam dalam berusia.. adalah diam yang tiada tolok bandingnya dengan kelantangan bersuara tanpa akal.

Walau berpesan akan perasaan, bilamana diam itu amat menyakitkan, menghiris dan membebankan.
Akan tetapi diam diusia ini.. diam yang tenang.

Kerana usia dan hati bukan lagi lawan nafsu dan perasaan.

Kerana diseusia ini.. kematangan dari hati. Bukan umur jadi ukuran. Bukan kerjaan jadi sukatan.

Aku diam kerana aku sayang, kerana aku masih peduli.
Biar perasaan menangis setiap hari, asal yang menangis itu aku.. bukan kamu.

Monday, September 20, 2021

Kian Bersawang

Sejak meningkatnya umur, 
Bilamana rakan alam maya sudah berkeluarga, 
Bila dunia blog sudah tiada releven pada anak muda,
Bila coretan luahan bukan bahan yang didambakan,
Bila coretan idea tidak diiktirafkan dek pemikiran,
Bila anak muda leka dengan dunia mereka,
Dunia yang tidak begitu mengembang minda,
Dimana hiburan semata,
Dimana kurang bahan membina remaja,
Dimana nilai diri hanya seketik jari,
Mencari secubit perhatian....
Blog tidak semeriah dulu.

Kadang jari teringin mencoret ceritera dari idea yang hadir dari minda,
Tapi terdetik, adakah mereka yang singgah untuk membaca, menghayati, mencari dan memahami,

Kadang jari rindu untuk menaip,
Tapi, siapakah yang menatap coretan, luahan, pandangan, nurkilan si polan,

Kadang terfikir, coret sahaja apa yang ingin,
Luah sahaja agar tidak dingin,
Biar tiada yang menjeling,
Biar tiada apa, hatta bunyi cengkerik,
Walau di alam maya,
Yang kian tiada bermaya,
Tiada nyawa persisnya,

Biarlah aku sahaja yang melayan,
Coretan, kiasan, tulisan dan hidangan..
Dari aku, untuk aku..
Dilaman ku,
Blog aku... 

..yang kian bersawang.

Friday, September 3, 2021

Sosial rules...

SOME SOCIAL RULES THAT MAY HELP YOU:

1. Don’t call someone more than twice continuously. If they don’t pick up your call, presume they have something important to attend to;

2. Return money that you have borrowed even before the person that borrowed you remember or ask for it. It shows your integrity and character. Same goes with umbrellas, pens and lunch boxes.

3. Never order the expensive dish on the menu when someone is giving you a lunch/dinner.

4. Don’t ask awkward questions like ‘Oh so you aren’t married yet?’ Or ‘Don’t you have kids’ or ‘Why didn’t you buy a house?’ Or why don't you buy a car? For God’s sake it isn’t your problem;

5. Always open the door for the person coming behind you. It doesn’t matter if it is a guy or a girl, senior or junior. You don’t grow small by treating someone well in public;

6. If you take a taxi with a friend and he/she pays now, try paying next time;

7. Respect different shades of opinions. Remember what's 6 to you will appear 9 to someone facing you. Besides, second opinion is good for an alternative;

8. Never interrupt people talking. Allow them to pour it out. As they say, hear them all and filter them all;

9. If you tease someone, and they don’t seem to enjoy it, stop it and never do it again. It encourages one to do more and it shows how appreciative you're;

10. Say “thank you” when someone is helping you.

11. Praise publicly. Criticize privately;

12. There’s almost never a reason to comment on someone’s weight. Just say, “You look fantastic.” If they want to talk about losing weight, they will;

13. When someone shows you a photo on their phone, don’t swipe left or right. You never know what’s next;

14. If a colleague tells you they have a doctors' appointment, don’t ask what it’s for, just say "I hope you’re okay". Don’t put them in the uncomfortable position of having to tell you their personal illness. If they want you to know, they'll do so without your inquisitiveness;

15. Treat the cleaner with the same respect as the CEO. Nobody is impressed at how rude you can treat someone below you but people will notice if you treat them with respect;

16. If a person is speaking directly to you, staring at your phone is rude;

17. Never give advice until you’re asked;

18. When meeting someone after a long time, unless they want to talk about it, don’t ask them their age and salary;

19. Mind your business unless anything involves you directly - just stay out of it;

20. Remove your sunglasses if you are talking to anyone in the street. It is a sign of respect. Moreso, eye contact is as important as your speech; and

21. Never talk about your riches in the midst of the poor. Similarly, don't talk about your children in the midst of the barren.

22.After reading a good message try to say "Thanks for the message".

APPRECIATION remains the easiest way of getting what you don't have....

Saturday, May 30, 2020

2020: The year the Earth stopped.

Assalamualaikum, cuma nak catit dan kongsi disini memori yang akan masuk dalam sejarah dunia dimana "DUNIA BERHENTI BEROPERASI" .

Ya, seluruh dunia berhenti akibat Virus yang melanda dunia.. Virus diberi nama Covid-19, dikatakan berasal dari Negara China, wilayah Wuhan. Dikatakan virus ni adalah hasil dari makmal di wilayah Wuhan yang telah dibuat oleh beberapa saintis yang dibawah arahan Illuminati atau Freemason.. xtaw la betul atau x..

Anyway, virus ni mula menyerang Wuhan pada bulan 10 2019 kononnya. Dan negara kita Malaysia di serang pada awal January, tetapi kerajaan mula mengambil serius pada bulan March dan semua dikenakan Quarantine di rumah bermula 18 March 2020. 

Bermula bulan March.. seluruh dunia merasa kesan serangannya sehingga tiada yang dibenarkan keluar untuk apa saja alasan sekali pun. Maka seluruh dunia tidak beroperasi.. tiada sebarang urusan diluar sehingga dunia kelihatan seakan akan bebas dari acaman manusia.

Tetapi dalam masa itu, dunia menyembuhkan diri dari pencemaran manusia dimana udara dan lautan kembali jernih, nyaman dan hinggakan haiwan keluar merayap didalam bandar.. indah!

Sehingga ke hari ini 30 May 2020, dunia masih lagi dalam Quarantine tetapi sudah beroperasi kerana dikatakan kesan virus ini semakin menghilang. 

Bagi aku, ini kuasa ALLAH kerana hanya manusia terkesan dengan virus ini... Tiada haiwan yang terjangkit.

Tuesday, April 21, 2020

Tips Ilmu Hutan

#PakatShare #SemogaBermanafaat
ILMU HUTAN
RUGI TAK BACA.! 
(juga baik untuk Kaki Pancing)

Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

C/P..

** Gambar sekadar hiasan

Saturday, April 18, 2020

Generasi

Siapa yg lahir pada tahun 50'60'70'80an..?

1-   Mereka yang lahir di tahun   
      50-60-70-80 an, adalah 
      generasi yang layak 
      disebut generasi paling 
      beruntung. Kerana 
      kitalah generasi yang   
      mengalami loncatan 
      teknologi yang 
      begitu revolusi di abad 
      ini, dengan keadaan usia 
      prima.
     

2-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah menikmati 
      riuhnya suara mesin taip.
      Sekaligus saat ini jari 
      kita masih lincah menari 
      di atas keyboard pula.
      

3-   Akulah generasi terakhir 
      yang merakam lagu dari 
      radio dengan tape 
      recorder. Sekaligus 
      kita juga menikmati 
      mudahnya memuat-turun
      lagu dari gadget.
      

4-   Akulah generasi semasa
      kanak2 bertubuh lebih
      sihat dari anak masa 
      kini kerana mandi sungai,
      panjat pokok, melastik, 
      guli, getah gerip, adalah 
      permainan yang tiap hari 
      akrab dengan kita.
      Sekaligus saat ini mata 
      dan jari kita tetap lincah 
      memainkan pelbagai
      game  di gadget .
      

5-   Akulah generasi terakhir 
      di masa remaja yang 
      pernah mempunyai 
      geng yang tanpa janji, 
      tanpa telefon / sms tapi 
      selalu boleh berkumpul 
      bersama menikmati 
      malam minggu
      sepuasnya... 
      kerana aku adalah  
      generasi yang 
      berjanji cukup  dengan 
      hati. Kalau dulu kita 
      harus bertemu untuk 
      bergelak tawa bersama. 
      Kini aku pun tetap bole
      Ketawa di grup Facebook/
      WhatsApp . 
      

6-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah menikmati  
      lancarnya jalan raya 
      tanpa jammed di mana-
      mana. Juga naik motor 
      menikmati segarnya 
      tiupan angin di jalan 
      tanpa helmet di kepala.
      

7-   Akulah generasi terakhir 
      yg pernah menikmati 
      tanpa perlu berpikir ada 
      penculik yg 
      membayangi kita.
       

8-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah merasakan
      nikmatnya menonton tv 
      hitam putih dengan 
      senang untuk pindah 
      saluran sana sini 
    

9-   Akulah generasi terakhir 
      yang pernah begitu
      mengharapkan 
      datangnya posmen     
      Menghantar surat, dari 
      sahabat atau kekasih 
      hati

10. Generasi yg bawa 
       RM0.10 - RM0.50 
       ke sekolah tapi blh 
       makan sampai 
       kenyang kat kantin ...

Itulah aku...

Anda generasi itu?

Saturday, January 4, 2020

Noura Nerissa Natasha... Turn 1


Semalam, 03/01/2020 genaplah setahun anak dara aku yang no 2 Noura Nerissa Natasha binti Rohezry dah berusia 1 tahun..!!!!

Nothing much i can post in my blog as she's far away in Selangor while i'm here in Penang working. Miss my 2 little princess, rindu sangat.

 Well, like i said... nothing much i can post only that I REALLY MISSED THOSE SMOOCHING AND HUGS of my little princess.

Opening tahun 2020... serrr!!

pening of this year 2020 has not been kind to me....

Pembukaan tahun ni, mmg dah bagi muqadimah thorbaek kat aku. On the way nak dtg kerja, ada eksiden causing aku sangkut dalam traffic jem hampir sejam.. so datang kerja first day of 2020 lambat. X cukup dgn itu, kerja yang aku buat semua x kena. Macam budak freshies buat kerja.. satu pn x nampak mcm hasil kerja aku, silap melambak dan tu x termasuk lagi dengan customer complaint dan rookie mistake yang bodo aku dah buat.. 


Sumpah aku rasa nak balik je masa kerja tu, tapi that will not show my sense of responsible yang aku ada. Tapi berlinang jugak la air mata aku masa tgh kerja. Bad vibes ni a.k.a bad luck ni start dari 24.12.19 dia drag sampai lah 01.01.2020... dan aku doa pada ALLAH yang bnda ni x berlarutan... Nauzubillah himinzalik.


Ya ALLAh lindungilah aku dan keluarga, permudahkan lah urusanku, murahkan rezki ku dan berkatkan lah rezeki keluarga ku...



Sampai ke hari ni aku masih lagi trauma dan risau ttg apa lah dugaan yang ALLAH dah susun kat aku... risau. Tapi aku yakin, ALLAh xkan uji umatnya kalau dia x sayang dan x yakin yang kita bole hadapi ujian tu. 



Anyway....  aku nak wish jugak la kat semua......


babai....

Tuesday, December 10, 2019

Lepas rindu..



ekarang genap setahun aku jaoh dari family, bukan sebab kerja obesi atau offshore... tapi ini soal utara selatan. Asalnya planning isteri dapat tukar ke Utara dan aku decide utk venture kerja ke Utara (balik kampung yeayy!!!) tapi lepas few month aku kerja kat Utara, wife plak x lulus penukaran alasan gomen bagi sbb pihak utara ni ntahapehape.



Alkesah nye pakcik terpaksa jaoh dari anak anak (bini xpe, sbb aku sayang anak kuat woo). Setiap kali dapat jumpa anak bini, rasa lega kat hati mmg terkesan, Recently bebaru ni, balik kenuri kazen kat Tepeng and then kitorang decide utk booked hotel kat tempat kerja lama... The Bayview Beach Resort, Penang.
this is literally the view dari bilik kami : Grand Deluxe!! BayView Beach Resort, Penang.!

nak jadikan lebih menarik, aku kerja shift malam so, siang spend time ngn dorg and malam masuk keja.. Yup! kepala ting tong dan x cukup tido jangan cakap la... mmg biol aku dibuatnya. Tapi kepuasan jumpa anak bini.. (esp anak) mmg ALLAH je tahu camna teribat rindu... jenuh gomooi la si kecik tu...

Balik keja, anak dah bangun, trus salin baju and menuju ke laut utk main pasir dan aku kagum bila anak aku converse in english ngan aku. Aku tanya dia:


Me : Talia, why on earth you never talk to mak in english like we are now..

Talia : Xmo la abah, she cannot talk english. i dont understand her english.

Me : (in my mind : seriously? this came out from my daughter?) Actually she can talk if you given her a chance.

Talia : No. (trus tukaq topic related to sea shells..)


Ni bukan aku buat buat skrip ke hapa.. but i'm proud of her.. and yes she's only 5+ y/o. Currently kami hantaq skola cina and tuisyen kat area rumah je.. and dia jenis yang minat belajaq and eager to go to school (x mcm aku masa kecik).












Anyway back to the story bout my time with them.. lepas mandi laut and cari siput, we headed to the pool as my wife turun plak dtg ngn si kecik, our 11month y/o and their happiness was so clear that i actually shed some tears. Yang kecik ni pun punya happi bila aku bagi peluang jalan atas pasir laut sbb nak latih dia berjalan. Masa otw ke Pool, aku bagi peluang si kecik ni jalan atas rumput and she acted like a squirrel punya la hepi... both of them xnak kuar pool sampai biru bibir hhaha.



Here are the picture my 2 anak dara yang amat aku rindu.. haishhh... can't get enough smooching wooo ngn depa ni.. busuk masyiam camna pon  tetap wangi bagi aku haha.




Saturday, October 20, 2018

Antara hati dan perasaan dan air mata

Bulan Oktober ni mmg bulan streesssssssss kot

Tekanan aku dapat mcmnak pecah otak

Aku tahu ramai yg buat kerja outsourcing ni.. dah aku respect korg semua sbb nampak cool..
Mungkin bukan bidang aku atau otak aku ni x mampu nak tampung bebanan kerja camni..

Bayangkan paling minima, sehari 3 lokasi (site) budak yg aku supply x dtg kerja, pastu efek la produktiviti syarikat tu, supervisor call aku tny apa crita, pastu nng manager dia call aku sound nak taw apa cita ngn camna nak buat, pastu operation manager dorg nnt call suh aku hantar org replace dalam stgh jam... mana nak cekau weyh org camtu punya cepat.. lepas tu plak big bos aku plak nanti call torture aku. tu satu tempat.... kalau 3 tempat? kalau 5 tempat? bukan jarang... bole kata setiap hari atau selang sehari budak buat perangai malas.. terus terang cakap..... budak tempatan skrg ni terlalu manja bila masuk bab kerja... kelayakan xde, kebolehan stakat race moto ngn main game.. korang nak demand gaji ngn keje senang.... apa dah jadi dgn budak zaman skrg??

Tu baru bab outsourcing, ok skrg bab tender kontrak project luar plak, repair banggunan, buat landskap, supply barang utk projek tender kerajaan... barang nak cepat quality nak hebat... bayaran cam cilanat... berbulan pn blom nampak satu sen haram... blom masuk bab sub-con tipu quotation... menjawab jugak aku

AKU SORANG NAK HADAP SEMUA NI WEYH.... ada member kerja, mcm xdak ja... mals, keja berkira.. bila bos tanya semua tepis mai kat aku... nsib baik dia dah benti awal bulan... so skrg ni aku la yg hadap semua....

sampai waktu aku taip ni pn aku tgh stress... tapi aku perlukan tempat utk aku luahkan... Blog ni la peneman aku....

YA ALLAH, sampai waktu solat meleleh air mata aku sbb x tahan stress... dugaan yg ALLAH bagi ni mmg kuat... dugaan financial keluarga aku pn x abeh lagi ALLAH bagi... kalau dpt mkn kat mamak tu, meleleh ayaq mata bini ngn anak aku sbb dpt makan sedap.. menangeh hati aku bila tgk camni...

Wednesday, October 10, 2018

Ya ALLAH..!! Tekanan Otak

Haduiiiiii..... keluahan yang mampu aku ucap,
Disusuri sambung dengan kalimah syahadah yang ku panjatkan kepadaNYA

Semenjak dua ni, kepala aku macam nak pecah memikirkan bab kerja.
Kekadang terdetik dihati kecik, berbaloikah dengan apa yang kau dapat?

Yaaa... Otak dah hati sendiri ni kadang bukan baik sangat, hasutan demi hasutan disuap untuk naikkan amarahku.

Aku keluar rumah untuk mencari nafkah rezeki demi sesuap nasi untuk anak isteriku seawal jam5pagi tiap hari.... hanya untuk pulang jam 11malam disambut dengan dengkuran anak dan isteriku.

Aku keluar tika mereka masih lagi lena, aku pulang bilamana mereka sudah jauh dialam mimpi...
Aku sejukkan hati aku dengan berkata, demi keluarga aku berusaha.
Aku dipanaskan hati bila kenangkan jumlah Slip gaji dan diikuti tugas dan tanggungjawab aku ttg kerja... hanya orang yang terdesak seperti aku saja yang faham kenapa aku sanggup bertahan untuk sekupang dua ini.

Ada ungkapan pernah kibaca dan dengar,
"bila gaji kita seratus, kita berkerja ikhlas...
ALLAH tambahkan rezeki kita dari segi kehidupan.
Tapi bila gaji 10ribu tapi tidak kita ikhlas dengan tanggungjawab kita..
ALLAH tambah beban supaya x berkat gaji dia"

Tapi kerap aku tertanya... dimana sahihnya kata-kata itu?

setiap kali solat, aku berdoa... bertanya... sehingga hanya airmata yang selalu mengalir sampai kepala aku pening dan pitam... dimana dan dari segi apakah akan aku rasa akhirnya beban ini..

YA ALLAH!!!!!!

Wednesday, September 26, 2018

Panas..!!

PANASSSSSSSSSSS.......!!!!!!

Cuaca sekarang ni mmg panas... Tapi panas lagi siksa nuraka! hahahahahha demmm



Ok.. Cuma nak bgtaw tu ja... La ni mmg hangat.. berpeluh juboq

Monday, September 24, 2018

Kerinduan mencoret

Assalamualaikum,

Sekian lama aku x menulis...
Bukan kerana hilang minat.. tapi atas sebab peribadi yang membuat aku jarang dialam maya.
Terasa rindu akan alam maya yang kadang kala lebih indah dari alam nyata.

Ya.. memang alam nyata yang patut kita utama kan.
Tapi alam maya kadang lebih senang membuat kita tenang..
Apa lagi kalau alam maya buatan sendiri

Patutlah bila kita tonton filem barat, mereka lebih byk tonjolkan teknologi alam maya buatan sendiri
Alam maya buatan pengguna itu sendiri
Alam maya yang tenang dan tiada konflik

Aku rindu utk mencoret buah fikiran
Aku rindu utk meluah perasaan aku disini
Aku rindu akan jeritan diam aku disini..

Jeritan aku yang hanya aku mendengar
Jeritan aku yang hanya aku  mengerti
Jeritan aku yang hanya untk diri aku!!

Disini, aku rasakan akan perubahan
Disini, aku rasakan ramai sahabat aku yang kian pudar
Disini, aku rasakan..... sunyi

Tidak riuh seperti dahulu
Tidak rancak seperti yang lalu
Tidak penuh dengan kometar sahabat bloggers aku..

Kemana semua pergi
Kemana semua membawa diri
Kemana semua berhijrah pergi....

Sahabat, masih adakah kamu disini
Sahabat, masih ligatkah jari menari
Sahabat, adakah aku yang sendiri...

Sunday, January 1, 2017

Hai Kawan kawan

Dah lama rasanya Aku x menulis kat sini..

Bukan xnak.. Tp x berkesempatan.. Ramai Kawan bloggers Aku yg Dah slow down...

In sya Allah Aku akan kembali menulis..

Cer BG response sket sapa yg masih aktif.. Nak juga taw

Wednesday, October 28, 2015

Bersawang...

Assalamualaikum,

Lama jugak aku biarkan blog aku bersawang. bukan xde benda nak taip, tapi antara faktor masa dan juga acc aku dah beberapa kali kene hack ngn cilanat mana ntah.

kekadang tu aku terfikir.. kemana habis semua kenalan blog aku.. diam dan sunyi.

kekadang tu ade gak terfikir nak lepas geram kat sini, tapi kalau dah nak bukak blog pn x sempat.. apa lagi untuk aku menaip benda merapu yang mcm slalu aku buat.. tapi xpe, in sya allah bila ada kesempatan, akan aku usahakan jugak untuk hidupkan kembali blog aku.. In Sya Allah.

Buat teman blog aku yang lain dan yang masih aktif... jom la kita berjemaah cuci blog memasing yang dah bersawang. Eratkan balik hubungan kita... rakan kenalan blog.

Friday, December 6, 2013

Teringat kat arwah mak n abah.. Al-Fatihah buat arwah.

Dah 5 tahun emak xde... dah dah 13 tahun abah pergi, hari aku teringat kat arwah mak ngn abah. Sayu je hati ni tetibe, tapi sampai hari ni terngiang2 suara mak ngn abah. Arwah didik aku dengan elok, hormati orang tua walau camne sekali pun perangai org tu.

Aku masih lagi ingat setiap kalu aku hilang lepas balik sekolah, arwah abah mesti jumpe aku kat sungai tgh berkubang ngn sedara aku dan tangkap ikan. Cara arwah abah suh aku balik senang je, dipatahkan ranting pokok yang kecik pastu buang semua daun dan tunggal pucuk je.. dan lebih laju dari the flash aku dah ada kat umah, trick tu turut dipraktik oleh arwah mak aku heheheh.... mmg menjadi. Tapi xde satu pun singgah kat badan.

Kekadang ade jugak arwah abah turunkan ilmu zaman kanak-kanak dia.. aku pernah naik banana boat original, arwah abah ngn abang aku pakai batang pokok pisang, pastu di potong kat tengan buat mcm lekuk kononnye seat pastu pacak kayu wat handle haahahah aku ngan abang aku nanti lumba bila air sungai pasang. Tak lupa jugak senapang putik terung dan paling best... "pedepom".. aku tataw ape tmpat lain panggil tapi kat kampung aku tu lah namanya.

Bila kat mak aku teringat setiap kali nak kuar town, masa tu umur aku baru 4-5 taon kot, dan antara persiapan arwah mak yang mmg aku ingat sampai arini bedak nyonya hahhaa. Korang mesti ingat bedak ni kalu korang lahir sblm tahun 1985..

Dan jugak bedak yang slalu kita tgk masa kecik..



Hahaha, owh sweet memories. Rindu zaman kanak2 aku dan rindu kene bebel ngan arwah mak. Abah aku is a man of few words.. dia byk pesan dari membebel. Dan cara dia pesan, dia akan guna apa yang aku buat salah dan make an example out of it. Tapi hari ni 06.12.13 aku ngan abang aku akan balik kampung sebab ada kenuri rumah makcik dpn aka my mom BFF cucu dia nak kawen dah.. Mak Cik Cah, nama dorg sama.. arwah mak nama Habsah dan BFF dia nama Habshah.. mmg bff la dorg ni, Nanti balik leh la ziarah pusara arwah.. Al-Fatihah buat mereka.. 

Monday, December 2, 2013

X payah cat dah kete... balut sticker je

Pernah dengar terma “membalut” kereta? Pasti ada di antara kamu pernah terlihat Nissan GTR berwarna hitam mati (matte black) ala Bat Mobil milik Batman, ataupun Range Rover mewah berwarna hijau askar di atas jalan di Malaysia, lalu berkata “Cantik gak kalau cat macam ni”. Maaf dik, kereta-kereta tersebut tidak dicat, tetapi sebenarnya di’wrap’ dengan vinyl.
Wrapping kereta mungkin sudah lama dilakukan di luar negara, tetapi makin mendapat perhatian para peminat kereta, baik pemilik kereta mewah seperi Lamborghini mahupun kereta nasional di Malaysia. Disebabkan terma ini makin biasa kedengaran, ramai tertanya-tanya mengapa wrap kereta, dan tidak dicat sahaja? Bagi kereta mewah di luar negara, proses mengecat akan menelan belanja dari harga sekitar $1000 sehingga $10000, bergantung kepada kualiti dan pilihan warna.
Pada masa yang sama, wrapping kereta hanya menelan belanja sebanyak $500 sehingga $3000, bergantung kepada pembalut vinyl. Berserta dengan perbezaan harga yang ketara ini, banyak kelebihan lain yang tidak mampu diperolehi dengan mengecat. Car murah mungkin akan kelihatan cantik pada awalnya, tetapi dalam jangka masa beberapa lama, kereta yang dicat dengan cat murah akan makin kelihatan hodoh, dan perlu dicat semula. Dibawah ini kami senaraikan 7 sebab mengapa wrapping kereta dikatakan lebih bagus daripada mengecat kereta.
Belanja : Seperti yang dikatakan di atas, harga antara keduanya jauh berbeza, sendiri mau ingatlah. Dengan memasang vinyl berkualti tinggi, pemilik kereta tidak perlu fikir warna kereta pudar selama 4-7 tahun!
Resale Value : Kereta yang dipasang vinyl akan dapat mengekalkan cat asal syarikat pembuat kereta. Yelah, bukan semua orang mempunyai warna kesukaan yang sama. Dengan kelebihan boleh mengekalkan warna asal, pemilik kereta mempunyai pilihan untuk menjual keretanya dengan warna asal ataupun dengan vinyl. Vinyl boleh ditanggalkan dengan mudah, bila-bila masa. Cat asal yang dijaga semestinya memberi impak kepada harga jualan semula.
Pemilihan warna tanpa had:Pemilik kereta boleh menukar warna kereta beberapa tahun sekali, tanpa had warna. Terdapat banyak vinyl ditawarkan di pasaran, baik glossy berkilat mahupun warna mati matte. Ada juga di antara mereka yang menawarkan perkhidmatan vinyl customization (seperti van & lori syarikat), di mana vinyl boleh dibuat mengikut rekaan pemilik kereta.Oh ya, tidak lupa juga terdapat vinyl bercorak carbon-fibre untuk tampak lebih laju dan ringan.
Jangkamasa pemasangan : Seperti yang ramai sedia maklum, mengecat kereta memakan masa yang lama jika dibuat dengan teliti. Lagi lah pula kereta mewah. Dikatakan ada sesetengah syarikat mengecat yang mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan sebuat kereta mewah. Menurut syarikat wrapping kereta tempatan pula, proses wrapping hanya memakan masa 2 hari. Takkan 2 minggu naik bas bang?
Perlindungan : Setiap inci berbalut vinyl di kereta akan melindungi kereta daripada bencana alam dan cuaca panas terik Malaysia. Ini akan memberikan cat kereta tersebut jangka hayat yang lebih panjang, tanpa diganggu oleh panas terik matahari yang tiada sudahnya. Vinyl yang digunakan diperbuat daripada bahan tahan lasak yang mampu bertindak sebagai pelindung kereta daripada calar akibat terkena batu-batu kecil melayang.
Penjagaan : Penjagaan memang mudah. Tidak perlu di’wax’ tiap kali mahu balik raya. Pemilik kereta yang di’wrap’ hanya perlu mengelap kereta dan dibasuh dengan sedikit sabun dan air. Ada juga mereka yang menggunakan kain microfiber dan alkohol untuk menghilangkan kekotoran degil. Mudah, cepat, dan menjimatkan. Bayangkan, 7 tahun tak perlu wax tu!
Ketahanan : Seperti yang dinyatakan di atas, vinyl berkualiti tinggi tahan 5-7 tahun. Antara syarikat pembuat vinyl berkualiti tinggi ialah 3M, Oracal, Avery Dennison dan Mactac. Dengan menyimpan kereta di dalam garage atau pun tempat teduh, vinyl akan bertahan lebih lama daripada yang dijangka. Selepas 5-8 tahun, vinyl boleh ditanggalkan tanpa merosakkan cat asal kereta. Jangan risau, vinyl akan tahan sekurang-kurangnya 5 tahun.
Bagi mereka yang berminat, kamu boleh sahaja google “car wrapping malaysia”. Dikatakan harga biasa dalam RM3000, bergantung kepada kerumitan kerja pemasangan, dan jumlah keluasan yang ingin dipasang. Gambar-gambar di bawah ini memaparkan proses pemasangan vinyl dirumah, sekitar Putrajaya. Bagi mereka yang di bawah bajet, bolehlah cari orang yang handal membalut kereta seperti di bawah. Barang dibeli sendiri oleh pemilik kereta, dan hanya bayar upah pemasangan. Cantik juga bukan?

Thursday, October 31, 2013

Someone... to anyone?

beginning the story... ... ..

Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan
Mr Sori : Yes u could speak to me.
Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!
Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : Im Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : Im Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI !!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum
Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he's a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn't work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i'll broadcast it on the P.A system saying. "Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u're their uncle, u're a nobody. "how bout that!? Toot... .Toot... .Toot... ... ... ... ... ..

Wednesday, October 30, 2013

kelantan vs terengganu...

MENANTU TERENGGANU (MT): MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG'
4 KILO........NANTI KITO BAYAR

MENTUA KELANTAN (MK) : BEREEEHHH.....

SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......................

MT : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi
kentang)... BANYOK-BANYOK NI....

MK : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang).....
PAH TU KETE MANO PULAKKKK...

MT : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI
'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...

kenapa chewing gum di banned di singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?