Saturday, May 30, 2020

2020: The year the Earth stopped.

Assalamualaikum, cuma nak catit dan kongsi disini memori yang akan masuk dalam sejarah dunia dimana "DUNIA BERHENTI BEROPERASI" .

Ya, seluruh dunia berhenti akibat Virus yang melanda dunia.. Virus diberi nama Covid-19, dikatakan berasal dari Negara China, wilayah Wuhan. Dikatakan virus ni adalah hasil dari makmal di wilayah Wuhan yang telah dibuat oleh beberapa saintis yang dibawah arahan Illuminati atau Freemason.. xtaw la betul atau x..

Anyway, virus ni mula menyerang Wuhan pada bulan 10 2019 kononnya. Dan negara kita Malaysia di serang pada awal January, tetapi kerajaan mula mengambil serius pada bulan March dan semua dikenakan Quarantine di rumah bermula 18 March 2020. 

Bermula bulan March.. seluruh dunia merasa kesan serangannya sehingga tiada yang dibenarkan keluar untuk apa saja alasan sekali pun. Maka seluruh dunia tidak beroperasi.. tiada sebarang urusan diluar sehingga dunia kelihatan seakan akan bebas dari acaman manusia.

Tetapi dalam masa itu, dunia menyembuhkan diri dari pencemaran manusia dimana udara dan lautan kembali jernih, nyaman dan hinggakan haiwan keluar merayap didalam bandar.. indah!

Sehingga ke hari ini 30 May 2020, dunia masih lagi dalam Quarantine tetapi sudah beroperasi kerana dikatakan kesan virus ini semakin menghilang. 

Bagi aku, ini kuasa ALLAH kerana hanya manusia terkesan dengan virus ini... Tiada haiwan yang terjangkit.