Showing posts with label we change our self. Show all posts
Showing posts with label we change our self. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Ermm... apa nk jadi ngan aku ni

Kebelakangan ni aku kene tempias keje dulu, dulu slalu sgt aku keje shift malam.... so sekarang ni, pukul 4 5 pagi pun blom tentu aku tido... Kekadang aku konfius pikir idup aku ni, ape la nak jadi ngan aku ni? Orang cakap kalu dah jatuh ni susah nak naik balik, kalu naik pun slow sesangat... so sabar je ngan ketentuan ilahi. Camni la senang citer, umor dah meningkat muda.... ya! aku makin muda hahahahahaha.... (perasan jer aku ni). Tapi apa pun tarak... i mean, dari segala segi... esp harta akhirat, kalu harta dunia x yah cakap la.... tolak duit org dalam bank, duit aku lah sume tu..
Dulu aku ada hasrat, kalu siapa kawen ngan aku, cuci kaki, tangan n cuci mata skali (camne ea cuci mata? adalaaaa...) Paling cikai pun, aku sekurang-kurangnya mesti ada rumah utk bini aku, kete utk aku dan bini aku dan paling penting duit dalam bank cukup utk sara anak sampai diaorg kawen.. dan duit tuk bini aku cukup utk sara hidup 4 keturunan... Itu harapan n impian aku la...

Tapi bila aku tgk idup aku sekarang, rasa nak nangeh, nak guling atas rumput karpet (ngada, nak frust pun cari rumput kapet gak.... mcm bapok!!) dan x kurang jugak rasa cam naaaaaaak je aku tembak ngan meriam buluh (bunuh diri cara tradisional) or letup bakai bom ikan huhuhu... (tapi yg ni kena wat kat sungai, baru org dapat hasil dari "pengorbanan" aku hahahahaha... So, utk mengelakkan aku jadi gila (walau pun perangai aku dah gila-gila cam gampang) aku kuat kan iman dan be positif (bukan H.I.V positif la mangkuk tingkat buloh oiii) aku pandang depan... aku nk cube wat sebanyak kerja yg mampu, bukan nak capai target pakai lamboghini (dream car tuhhh, kalu dapat pun alhamdulillah) Tapi nak usaha agar anak cucu x kebulur.... oh ya, kalu dah anak cucu x kebulur mesti la bini pun x kebulur jugak... haparaaaaa korang (korang? sape sgt la baca blog aku ni?)

Minggu lepas aku pegi 'carrier fair' kat KLCC..... aku apply sume (hampir sume) caompany yg participate... harap-harap dapat la memana yg bg gaji berjuta kat aku...(baru bley pakai keta lambongbini hahahahahaha gelak manja tapi nakal). So sekarang ni, harapan menggunung nk dapat keja gaji lumayan, sebab nak jadi gigolo...tadak org nak, nak jadi pelacur tiub ngan skirt x muat, nak jadi perompak mcm dlm citer omputeh.. kena terer. Serah jer pada allah bagi aku ...

Sejak jatuh ni, alhamdulillah aku ada jugak ingat tuhan... nak jugak aku dekatkan diri ngan dia... bagi aku ada jugak kebaikan dari kejadian ni.. Ya Allah, makbulkan doa aku ... setiap hari, setiap waktu, aku doa dan pinta benda yang sama.... keampunan buat keluarga, buat kawan, buat semua umat manusia... petunjuk buat aku, murahkan rezeki dan dibukakan pintu hati dan dibukakan juga ppintu rezeki buat keluarga dan sahabat.... juga dekatkan jodoh. Aku bersyukur sebab aku diberikan hati yg sabar dan otak yang boleh berfikir dgn tenang (penting woooo).

xpe la... aku dah ilang idea nak luah rasa hati, mungkin nanti sambil aku kira benang karpet ni aku ada idea....

Wednesday, January 9, 2008

teguris

".... kenapa lelaki semua sama??....." tanya seorang budak praktikal kat aku.

"..Kenapa?" aku tanya. Iyelah tetiba jer tanya soalan camtu kat aku.

"kenapa lelaki x tahu nak hargai seorang wanita??!!" katanya lagi. Dan jawapan aku adalah "... sebenarnya bukan lelaki, tetapi mmg sifat manusia yg macam tu. X tahu nak nilai sesuatu until bila dah hilang depan mata... baru mereka sedar betapa berharganya akan sesuatu yg selama ini kat depan mata tetapi x penah dihargai..."


Memang betul pun apa yg aku cakap sebab base on my personal xperience!!! Aku sendri penah rasa camne bila kita hilang sesuatu/seseorang dalam hidup. Tapi itu dulu, masa perang jepun dulu. Sekarang ni dah berubah, sekarang ni aku cuba nilai semua dari setiap sudut dan cuba kenal antara batu dan permata. Tetiba aku tengok dia mengalirkan air mata, terhakis sedikit make-up yg d pakai nya serta eye shadow di bawah alur matanya. Tetapi masih menampak wajah comelnya di balik kesedihan yang cuba disembunyikan budak praktikal itu.

Aku tanya lagi.. "naper ni? gaduh ngan 'dia' ker? cuba cerita kan...". X di jawab. Cuma tunduk diam sambil kesat air mata yg menghakis eye shadow nya hingga sekarang nampak cam "the crow". Bukan nak kutuk tapi cuba nak korang nampak apa yg aku nampak.


"...'dia' mencarut kat saya.." katanya lemah "dah 3 malam kami gaduh dlm phone.." sambungnya. Aku tanya dia lagi, sapa yg phone dlm 3 mlm ni? ".. dia la.." jwbnya. Xper la... kalau sanggup nak tepon tu maksudnya sayang dan ingat lagi dia kat awak. Cuba tanya sebab dia jadi emo camni. Atau cuba faham situasi dia skrg (yg laki pun kadang kena paham gak org pompuan). Aku terangkan kat dia bahawa jgn nilai laki camtu sebab itu mmg sifat semulajadi manusia "sedar akan kerugian bila dah terlambat" tapi sekarang ni korang tgh gaduh, gaduh tu selalunya ada hikmah. Hikmah tuk korang pikir kembali kesilapan bahasa dan salah laku. Cuba bawak bincang ngan aman.


Dia bangun sambil cakap "...nak tunggu dia matang baru nak cakap.. perangai cam bebudak..!!!" Terkedu aku. ikut suka kat korang lah nak watpe. Aku cuma nak nasihat jer, bab matang ker x matang ker itu pada individu sendri. Kita x leh nak ubah seseorang kalu seseorang x nak ubah diri sendiri kan?....

sometimes kita x tahu salah kita tapi kita nampak salah orang lain. kekadang kita x perlu serious sangat dalam hidup...... enjoy as we go.... so, WHY sO SerIOus?
we're still blind to see our own mistake!