Monday, July 30, 2012

Kenangan

Berada di bulan puasa, teringat aku pada kenangan zaman kanak-kanak..
Zaman ketika aku masih mentah..
Tak perlu untuk aku pening gaji hujung bulan
Tak perlu aku pikir untuk bayar sewa umah
Tak perlu untuk aku fikir duit belanja, duit tol, duit minyak kete

Tak perlu aku risau akan ngan sape yg akan aku kawen
Dengan siapa aku nanti bercinta dan bagaimana hubungan aku akan lalui

Terkhayal aku seketika akan indah dan seronoknya zaman kanak-kanak aku
Jujur aku katakan,
Kanak-Kanak sekarang..
Rugi serta bodoh untuk tidak belajar permainan dan cara hidup kanak-kanak dahulu

Aku rindukan miang buluh,
Yup! miang buluh untuk dibuat pelita, dibuat bintang yang seakan-akan tanglung
Aku rindukan buat gunung berapi menggunakan bunga api..
Ya! Bunga api... bukan mercun yang mencederakan itu.
Aku rindukan bunyi permainan yg kami buat dari buluh.. namanya dulu "pedepom"
hahahaha klaka kan namanya?

Aku rindu mandi sungai, bukan mandi sungai yg macam korang tgk kat tv tu
Tapi mandi sungai yang airnya jernih, kami tangkap ikan pakai tangan dan kain sarung..
Lawan main perang selut putih.. hahaha seronok aku masa tu
berkubang camne pun.. air masih jernih.. kecuali kalau musim hujan,, air jadi macam teh tarik

aku rindu kuar malam dbulan puasa lepas isyak.. hahaha merayap segala pelusuk yang selama ini x berani sebab org tua cakap tempat tu berhantu

Tapi sebab bulan puasa semua hantu kene ikat, so kami berani la hahaha. Aku juga rindu lepak bawah pokok waktu malam sambil mak buat air dan jamu kami dengan kuih raya yg tak jadi ptg tadi
hahahaha

Aku ingin rasa kembali ke zaman itu, zaman yang hanya perlu fikir seronok
Sewa, hutang, kerja, mengangur, duit... langsung tak beri apa-apa makna.. cuma risau kalau kerja skola yg x siap jer.

aku rindu kawan-kawan aku yang dulu.. yang mana tak semua masih hidup..
Tak!! aku bukan tua, tapi nyawa kawan-kawan aku lebih singkat berbanding aku
Sumua itu terima kasih aku ucap pada dadah, pada lumba haram, dan pada arak serta pompuan..
Bila umur baru mencecah 20an.. dan dah kenal benda tu semua.. mulalah memasing kenal gaduh, kenal erti lawan.. dendam.. bunuh.
Ya! ada kawan aku terbunuh dalam pergaduhan.. hampir setiap bulan ada saja yg terkorban, semua ataas sebab bodoh!!!! Mabuk dan berebut perempuan, serta tipu jualan dadah.

Macam cerita kat panggung kan? Kalu korang boleh melihat dari mata aku, serta dapat lalui jalan hidup aku
Jujur aku kata, pengalaman serta jalan cerita aku.. amat menarik bagi yang tahu menilai..

Tapi tak mengapa.. akan aku ceritakan itu di lain kali..

Apa yang aku cuba luahkan disini.. aku rindu zaman kanak-kanak aku.. yang mana kanak-kanak sekarang xkan dapat rasa sebab terlalu berlumba nk jadi orang lain dan bangsa lain..

Rigu besar korang wahai kanak-kanak zaman sekarang

2 comments:

Anonymous said...

"cuma risau kalau kerja skola yg x siap jer"

dan tak lupa juga risau time nk bg report card dkat mak ayah

crunchyahcock said...

hahaha report kad x risau.. sebab i tere huhuu