Tuesday, November 25, 2008

heran kan???

perkara yg sungguh menghairankan aku....
Heran sungguh.. kadang2 buat aku pikiaq tak lepaih nie.. mintak tolong cikgu tadika mana2 explain kat aku sat..

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu berbulan bulan.

2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda. Logik ka.. tang mana depa nak lari laju2 sangat..

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai. Orang ramai bukan rakyat ka?

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri. Takan nak bagitau aku orang Malaya ni kaya2 semua kut..

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon2 yang serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES! Standard la tuh..

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu.. mungkin takut kena rompak.. tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran2 makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer. Berapa banyak email yang tak berbalas..

14. Bilamasa agensi2 Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon2 tersebut dapat duit banyak.

19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com".

22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California , USA .

32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.

33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah.. saya mau tanya tauke".

34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

35. Bilamasa melihat eksekutif2 masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

36. Bilamana penggemar2 dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".

39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan.. pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje..

43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

47. Bilamana orang2 muda sekarang cepat beruban.

48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.

51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.

52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).

54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC masih ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

sebutir kata:Sungguh menghairankan bilamana korang sanggup bersusah payah baca sampai habis cerita merapu ni hanya semata2 nak tau perkara yang sangat menghairankan AKU.. heh.. heh..
p/s; aku terpaksa padam beberapa nomot yg mungkin akan membuatkan aku kena isa..heheheh

heran...

2-3 menjak kebelakangan ni, badan aku cepat letih bila keja malam. Dah berapa hari aku FLAT OUT... balik keja tido mampus sampai nephew aku naik kejut dekat kul 11mlm, dah nak pegi keja balik.. Yang aku herannya, aku bukan jenis tido mampus dah tu tido lebih dari 4 jam yg biasa aku tido plak tu..!! slalu aku tido habis kuat pun 5jam jer...

p/s; ada sesuatu yg x kena dgn aku ni....

Sunday, November 9, 2008

Harap Maaf....

Harap maaf semua sebab lama mengdiamkan diri. Jaga mak sakit kat spital sehingga selamat menghembuskan nafas pada jam 5.15pm 04/11/2008.... innalillah. Aku x ralat sebab aku ada disamping dia sepanjang masa, aku x datang keroje sebab amik cuti... aku slalu ngadap komputer masa kat tempat kerja sahaja. So bila x kerja, xder la intenet....

Aku akn kembali merapu dlm masa terdekat.......

Tuesday, October 21, 2008

aku kena tag daaaa.. bab kawen lak tu!!

Ingt nak wat posting baru, tgk-tgk sekali kena tag oleh budak kecik ni lah pulakkk.. nampak sangat dah gedik nak kawen anak pompuan cik mid ni kan??


Ok, kita mulakan..


1) How old are you?

28 1/2....kot.


2) Are you single?

i'm not single bak kata peirre andre.


3) At what age do you think you’ll get married?

ntah la... esok kot, 5 jam lepas cik rena kita bersanding...


4) Do you think you’ll be marrying the person you are with now??

YUP!!!!!! ....insyallah.


5) If not, who do you want to marry?

Lisa Surihani, Agnes Monica (sori Pjoe...hehehe) or may be sesapa yg masuk meminang aku.

(first 15 get 60% disc!!)


6) Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?

Prefer garden, tapi nanti org kampung kata kedekut!! so aku ingt nak wat kat beach, tapi risau mak bapak x leh kontrol anak2 kecik yg hyperaktif mcm pjoe... tgk lah nanti kat mana sugar mummy aku nak sponsor..


7) Your ideal motif?

ikut pengantin pompuan (diorang ni pelik sket... x ikut nanti sampai mampus dia ungkit!!!)


8) Where do you plan to go on a honeymoon?

jepun..... bley bawak anone jepun balik jadi maid kat umah aku...hehehe


9) How many guests do you think you’ll invite?

Perghhh.... Below thousand. group keta aku campur group teater dah nak penuh stadium... so lu pikir la sendiri.. (tu belum campur suku-sakat, adik beradik & member my sibling lagi)


10) Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?

simple, tapi biar ingt sampai aku kawen lagi satu pun x leh celen...


11) Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??

jgn nak memandai.... (bak kata kakak aku masa abg aku nak tunjuk tere!!!)


12) How many layers of cake do you want to have?

Layer cake apollo ker nih??


13) Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?

ikut suka sugar daddy aku....


14) When do you want to get married, evening or morning?

Malam la beshhhh.... nampak romantik beb!!! pasang pelita mcm mlm raya ngan lilin d merata penjuru...


15) You’d rather have your reception outdoors or indoors?

outdoors..... sebab aku nak wat malam.


16) Do you like a grand entrance for your bride?

Yup... (ni solan utk bini no 1 ke yg ke 2, atau yg ke 3???)


18) Name the song/tune you’d like played at your wedding??

Kan bagus kalau suruh bebudak marhaban & diselangi dgn anak sedara khatam quran.. mesti tenteram aku kat atas pelamin..


19) Are you a morning person or a night person?

Solan ni utk bab yg mana? Aku no hal... bila-bila pun 'on'


20) Do you want a solemn ceremony or a light one?

light & easy..


21) What age do you want to get married?

bila dapat calon bini muda.... solan ni dah tanya kan tadi?


22) Describe your ideal husband/wife.

the one that suits with me and my family as well as i’m suits with him and his family (pinjam ayat rena.... sori)


23) Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?

ingat nak wat traditional malay, makan bersila d bawah wakaf!!!! (pastikan sume pakai stoking baru... kalu x hilang selera org len!!!)


24) Champagne or red wine?

astaga!!!! niat dah elok. kalu cam ni terang neraka aku ngn bini aku!!!


25) Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

aku x gelojoh..... so aku pegi lepas seminggu kot. bagi sume beres dulu.


26) Money or household item?

itu jer??? rumah x nak bagi ker??


27) Who will pay for the bills?

lagi mau tanya ka?? aku le jwbnye.


28) Are you ready for married life?

hmm.. belum


29) Do u think you will still be a virgin until u get married?

mpfftsss... (bersembur air sirap aku)... susah nak jawab nih!!!


30) Will u always be true to your wife/husband?

Hait.... domoarigato!!!


31) How many kids do u like?

harap dapat kembar 6.... sekali jer bini aku nak tahan .... make sure 3 pasang. senang!!


32) A new house for a newly wed or an old one?

janji cukup anak beranak...


33) Will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?

bini no.1, silver.. bini no.2, gold.. bini no.3, diamond.. (yg len sume jd mistress jer!!!)


34) What kind of cuisine would u like for ur wedding?

ala cart!!!! hangpa nak mentekedarah apa hangpa oder!! BAYAR SENDIRI!!!!!


35) Will u record ur honeymoon in a cd or dvd?

Huih!!!! rakam - rakam ni bahaya ooooooo


36) Whose wedding plans would you like to know next???

1) En. Pjoe.... (ko mesti boring ngan solan ni kan??)

2) Abg butaseni... mmg patut aku tanya solan ni!!!

3) cik katak!! the frog princess!!

4) en mamat khalid (kalu ada chance la.. hehehehe)

5) Mizzliana.... ni pun tgh merenyam gak ni!!

Wednesday, October 8, 2008

Bayangkanlah.....

Seminggu sebelum raya, Badrul Azezee atau Bart (bukan nama sebenar) sedang mewindow shopping di sebuah shopping kompleks yg agak terkemuka dgn muka toya dan hidung yg kembang-kempisnya setelah mendapat bonus (menang nombor ekor). Dalam sedar dia merasakan ada sepasang mata sedang memerhatinya, dan naluri lelakinya yg agak perasan macho terus mengontrol hensem kerana dia tahu gadis chomel tadi seakan ada kimia (chemistry) dgnnya. Dlm tektik yg dirasakan cukup bijak (dia rasa la) Bart membuat satu 'tawaf' kat atrium B itu dan muncul di belakang gadis chomel tadi dan bermulalah satu detik perkenalan yg amat bermakna baginya kerana dia berjaya mengayat seorang wanita yg chantek tahap dewataraya. Kemachoan Bart semakin memuncak apabila banyak mata memandang akan keayuan dan kechomelan gadis itu.


Kini genap 3 1/2 hari Bart mengenali gadis yg perkenalkan dirinya sebagai Farida (juga bukan nama sebenar) dan tahap ke-angau-an Bart seakan x terbendung lagi. Kekadang rasa macam nak dibuatnya satu pondok lepak kat rumah sewa Farida, Gadis yg berjaya membuat Bart menjadi seperti orang yg sedang berlakon dalam filem hindustan dimana tahap jiwangnya x bley diterima dek akal. Dalam diam Bart merancang, kalau aku bawak balik jumpa mak aku mesti dia suka dan org kampung mesti respek, saspek dan kerepak terhadap dirinya yg mmg dikenali dgn sifat memilihnya terhadap awek!! Bayangkan, pernah dia tinggalkan x-aweknya dula yg memang boleh mengalahkan keayuan Scarlet johanson, Aishah sinclair, Yasmin hani ataupun Diana Denielle sekali... semata-mata aweknya itu bukan 'tek team' dan 'kaki panjang'. Nah! sekarang, Farida memiliki segala yg dia inginkan termasuk sebuah S2000 yg berwarna merah dan meminati pasukan bola Arsenal!! Lagi 3 hari setengah dah nak raya.. perancangan harus sempurna tanpa masalah teknikal atau ganguan cuaca. Apatah lagi Farida setuju untuk pulang dgnnya kekampung.


Hari ini, hari terakhir posa (walaupun Bart bukan jenis yg suka posa...kekadang). Persiapan raya dah siap, duit raya untuk disedekah dah ready hatta hingga butang baju melayu (walau yg dulu pun x penah guna) dibeli baru semata-mata untuk tampak menawan pada Farida.. Dijemput Farida dari rumah sewa untuk pulang kekampung untuk dipersembahkan kepada emaknya yg sering berleter bak pengacara sukan worldcup!!


Sepanjang perjalanan, mata Bart langsung xleh konsentret kat jalan sebab sibuk menskodeng lurah si Farida yg putih gebu bak airbag kereta RX-8nya. Sekarang tibalah mereka dikampung, dimana suasana yg memang meriah dan keadaan rumahnya x ubah macam dalam drama melayu utk hari raya. Dalam hati Bart yg memang x penah rendah diri dan ego doplohpat jam membayangkan akan dirinya dipuji melambung-lambung macam angkasawan negara. Hati Bart semakin yakin apabila melihat Farida mmg masuk kepala ngan sume sedara-mara kat dapur, malah dgn makcik Rogayah rumah ujung kampung emak kepada kawannya semasa kecik pun dah macam mak ngan anak peelnya. Dalam fikiran Bart, pandai sungguh si Farida ni amik hati orang tua. Habis dicanang kepada member kampung yg dah dekat 15 tshun x jumpa yg dia akan mempunyai isteri paling cantik dalam kampung dan serata mukim yg sewaktu dgnnya. Tidurnya x lena malam tu sebab Farida tidur dirumah makcik Rogayah dan bukan dirumahnya dimana kalu boleh dia akan sentiasa memerhati Farida walau meleleh air liur basi hijau sekalipun!! Tambahan pula makcik Rogayah tu adalah emak kawan lelaki sepermainan semasa kecil. Dan risau akan makcik Rogayah mengrekomenkan kepada anaknya pula..


Mengingatkan akan aksi ringan-ringan hampir setiap perjumpaan yang pernah mereka lakukan bersama, terdetik dikepala Bart, xkan lah Farida sanggup meninggalkannya dan pergi kepada org lain setelah Farida pernah melafazkan ".. sampai mati pun kita tetap x akan putus..". So, Bart semakin tenang dari memikirkan benda remeh camtu.


Setelah habis semayang raya... Dgn gelojohnya dia meluru kerumah makcik Rogayah untuk bertemu dgn buah hati pengarang paru-parunya, Farida, Gadis yg menekelnya di shopping kompleks dibulan puasa. Tetiba stim Bart terpotong apabila makcik Rogayah yg tercongak kat depan pintu bila Bart memberi salam persis pakistan jual karpet. Stim Bart datang balik bila kelihatan emaknya juga berada disitu dan maka sahihlah keselamatan Farida terjamin..


Dijemputnya masuk oleh makcik Rogayah kedalam rumah, dgn penuh konfiden dia melangkah bak ketam mabuk berjalan lurus (* kalau tgk ketam jalan lurus nanti, memang gerenti yg ketam tu mmg mabuk!!!!) Hatinya berdebar-debar seraya macam nak bersunat kali ke-4 dulu (sebab yg len sume dia lari sembunyi). Kali ini hatinya bertukar menjadi marah apabila Farida memanggil makcik Rogayah 'MAK". Aiseh, xkan Farida dah terkena jarum, termakan umpan dan tercalit minyak senyonyoh aleh kawan baik sepermainannya? Bart semakin bingung dan marah. Tambahan pula diluar sana member kampung semakin ramai datang, xkan dia nak membiarkan orang kata dia kena potong atas angin?? Ini xleh jadi, dia harus siasat!!


Raya tahun itu adalah raya yg x boleh Bart lupakan, genap 28tahun dah kejadian tu terjadi dan 28tahun jugalah Bart x balik kampung kerana malu tahap maksima sampai x leh nak cerita nih!! Dimana Farida, awek chomel giler yg tempat Bart memuas nafsu ringan-ringannya, awek yg dia ingat yg terakhir, awek yg buat dia angau tahap filem hindustan (walau Bart mmg x suka filem hindustan), awek yg dicanang sekampung akan menjadi isteri katanya, awek yg amat perfect dimata Bart, awek yg lurah putih dan kaki panjang itu... adalah rakan sepermainan semasa kecil... Mohd. Farihin bin Mohd. Ramlan. Tapi kenapa dia x penah mention kepada Bart? Patut lah dulu, sikit sikit repot kat Bart, sikit repot kat Bart!! Dan patutlah dia senang ngam ngan mak Bart dan sume org kampung, sebab mmg dah sekampung!!!


Cerita ini adalah rekaan semata-mata gelap, tidak kena-mengena dgn yg idup mahu pun arwah, sebab tu aku letak "..bukan nama sebenar..". Sebarang cetakan semula adalah dilarang sama sekali atau dua tiga kali (tapi bila korang mintak aku bagi kot).


Moral of the story, jgn tunggu raya baru nak jumpak kengkawan, balik kampung, ego tinggi, contact member, nak wat ringan-ringan dan yg paling penting... Jgn jadi bapok!! pompuan dah cukup banyak dah kat dunia ni!!


Selamat hari raya dan aku mintak mahap balik (2nd time).. huhuhu

Thursday, September 25, 2008

BACA JER LAAA......


Berlatar belakangkan perkampungan, disebuah istana melayu lama..di balairong serinya.

Kelihatan beberapa pembesar - pembesar dan mamanda sedang berbincang. Juga kelihatan rajanya yg kelihatan gusar, dalam suasana sunyi ketika masing - masing sedang memikirkan sesuatu.. tiba-tiba, "srooott..sroott...... burrrpppp!!!.."(bunyi macam air kotak dah abeh minum). Semua mata memandang kepada datuk laksamana ikhtiarudeen. Beserta spotlight dan sound effect mcm bunyi itik.


laksamana ikhtiar; "apa tgk-tgk?!" (dlm nada hairan dan agak marah) "aku mana bley pikiaq kalu perut kosong" selamba jawabnya.


"klekuk!!!" tetiba entah dari mana datangnya tin tongkat ali yg kelihatan masih ada saki-bakinya hinggap di kepala laksamana ikhtiarudeen. Seraya bersuaralah datuk laksamana badrul


laksamana badrul; "bapak ang gaban!! respek la org yg posa ni wei!!.. bapak ang betoi!!..."

laksamana ikhtiar; "oooo yang hang baling aku ngan ayaq hang minum x abeh ni?? kira hang posa la??"

laksamana badrul; "aku minum x tunjuk kat orang la...!!! (rungutnya kecil).

datuk menteri ; "SUDEH!!! (sudah). cuba pikir cara utk selesaikan masalah ni dari bergaduh sesama kita!!"


Suasana kembali sunyi, lampu suram dlm mood dan musik misterius dan kelihatan beberapa belalang kenit bermain diatas tikar mengkuang. Dan datuk menteri memandang sinis pada belalang kenit itu..


Datuk menteri ; " Adik... salah scene la dik. Yg ni bukan pementasan belalang kenit la"

Manja (blalang kenit); "kan aku dah cakap tadi, ni bukan taman mainan la"

sambil lampu diterangkan kembali.


Dikala semua memikirkan cara utk selesaikan masalah, dgn rileknya sultan mengambil kesempatan melayan cd band missing chapter dari gig yg lepas. Lantas datuk laksamana usop bersuara..


Laksamana usop; "aku ada cadangan, apakata kita buat satu keramaian dan dari situ kita perhatikan siapa yg patut kita lantik".


laksamana badrul; "clever jugak idea tu, tapi takut sume makanan lesap kalu dapat kat laksamana ikhtiar. x pasai nak kena masak len plak"


laksamana ikhtiar; " ohoo.. aku hang risau, yg si laksamana ahcock, laksamana jinggo, sang paranormal dan mentari mamat khalid dan pegawai khalwat hang x risau??"


laksamana badrul; "depa tau posa, bkn mcm hang!"


lampu dipadamkan dan lampu spot merah tertumpu pada laksamana ikhtiar, smoke machine dihidupkan dari bawah pelantarnya. Juga kelihatan yg sama pada laksamana badrul. (beberapa stage krew bepakaian hitam membawa rambut palsu dari styrofoam ala-ala dragon ball dan di pakaikan kepada mereka macam super saiya. Kesemua ahli terkejut apabila datang rena dalam pakaian sailormoon, pu3 cahaya macam dalam katun bleach dan artsoul macam power ranger dibawah spot kuning dan tambah mengerikan apabila muncul tok moh dan pak yuih sebagai jin!!!


(masih menggunakan teknik lampu ultra voilet dan strobe light) kedua-dua mereka berlawan hingga penat dimana semua ahli majlis menjadi pom-pom team. Setelah laksamana ikhtiar kelihatan tidak bermaya sailormoon pun menghulurkan air mineral yg disponsor oleh tokey panggung dan beliau kuat kembali (menggunakan stage krew berbaju hitam, mereka mengangkat ikhtiar supaya nampak terapung dalam suasana suram itu sebab dia pakai baju yg matching ngan lampu ultra voilet...so nampak terbang la) dan terus berlawan sampai datuk menteri datang tarik telinga suruh duduk diam-diam.


Datuk menteri pun mula membebel akan perangai kedua laksamana itu.. sultan juga tertidur. Tetiba "Kringggggggg..." bunyi macam loceng sekolah..


Laksamana usop; "okey wei!! kita tangguh mesyuarat camna nak cari wakil ke "PERTANDINGAN MAKAN HOTDOG 1901" sambil mengalas bekas air dan beg helo kitty beliau..


Dari belakang tempat sultan dikeluarkan basikal tua dan kain ditanggalkan beliau yg siap berpakaian sukan dari dalam..


Sultan ; " Nih!! sapa nak ikut aku pi taman belia, dgr citer ramai student usm ikut prof. butaseni. Dia bawak student melukis kat sana... awek ramai wooo" (sambil berlalu)


p/s; actually, aku x tau nak tulis apa... so aku merapu la.... jgn mare.


"SELAMAT HARI RAYA"

DAN

"MAHAP ZAHIR SAHAJA...(utk lelaki)"

"MAHAP ZAHIR DAN BATIN (utk pompuan)"

(katun peberet aku)

Friday, September 19, 2008